Siri 5/2015 Artikel Keselamatan ICT : Enkripsi Dokumen Sulit/Rahsia Anda Sebelum Edaran Elektronik


Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera,
Kali ini kita akan belajar kepentingan melaksanakan enkripsi atau dengan bahasa mudahnya memasang kata laluan pada dokumen sulit atau rahsia yang ingin dikongsikan secara elektronik.
Bagaimana perkongsian elektronik tersebut?
Perkongsian elektronik ini bermaksud perkongsian secara :
  1. Salinan dokumen antara PC dari sumber simpanan rekod melalui thumb drive/ external hard disk / pen drive / CD / DVD
  2. Penghantaran emel bersama dokumen sebagai sisipan (attachment)
  3. Salinan dokumen antara PC dari sharing folder
  4. Salinan dokumen melalui perkongsian Internet Cloud Share seperti Google Drive, Microsoft One Drive, Dropbox dan pelbagai lagi
Oleh itu, bagi memastikan dokumen sulit/rahsia sentiasa di jaga kerahsiaannya, dokumen tersebut perlu dipasang dengan kata laluan yang kukuh mengikut polisi dalam Dasar Keselamatan ICT Pejabat SUK Pahang.

Kata laluan tersebut perlu dimaklumkan kepada penerima dokumen sama ada secara Emel atau secara Telefon atau secara Sampul Surat berlakri.

Bagi memudahkan pemahaman kaedah memasang kata laluan tersebut, berikut dilampirkan bersama emel ini Tatacara berkenaan sebagai rujukan :

Be SmartEmotional Wil Uncover Your Weakness

Ulasan