Easiest Way to Change Galaxy Nexus from Yakjuxw (Non-Yakju) to Android 4.1.1 Yakju/Takju and Above


Sesiapa pemilik Galaxy Nexus macam aku ni mesti duk mencari-cari cara paling senang nak update Samsung Galaxy Nexus firmware dari Yakjuzs kepada Yakju. So aku akan tunjukkan kaedah simple dan paling mudah untuk laksanakannya. Aku refer dari website ni : webtrickz.com.
Tujuannya nak tukar tu ? :
Supaya device Yakju akan dapat update terus menerus dari Google dan bukan dari Samsung (yang agak selooooooooooooooooooow...sikit). Versi Non-Yakju adalah dari Samsung. Target aku adalah nak update ke Android versi 4.1.1 (Jelly Bean) yang memang diketahui banyak improvement dari versi Ice Cream Sandwich (ICS).
Nota: Prosedur ni berguna untuk semua Non-Yakju GSM devices (yakjuxw, yakjuux, yakjusc, yakjuzs, yakjudv, yakjukr and yakjujp) yang disediakan oleh kilang serta unlocked (ada tanda mangga terbuka bila start android)
Cara baru yang paling simpel aku tengok ada kt internet ni menggunakan Nexus Root Toolkit (terima kasih kepada WugFresh). Versi terbaru adalah 1.5.3. Kalau sesetengah step lain tu kena cari sendiri flash yakju firmware, extract dan install dengan cara yang agak komplikated. Tapi gunakan tools ni memang semudah ABC..bukan Asal Bukan Che mat yek!.hehe...

Tools ni support untuk varian versi Nexus sejak mula hingga kini...
  • Galaxy Nexus: GSM Models (versi yakju dan non-yakju builds)
  • Galaxy Nexus: CDMA/LTE Verizon Models
  • Galaxy Nexus: CDMA/LTE Sprint Models
  • Nexus S: Worldwide, i9020t dan i9023 Models
  • Nexus S: 850MHz, i9020a Models
  • Nexus S: Korea, m200 Models
  • Nexus S 4G: d720 Models
  • Nexus 7: Asus Tablet
Nak bantuan guna tools tu (Video):
~ Disamping untuk install Android 4.1.1 Yakju atau Takju pada Galaxy Nexus, tutorial di bawah ni nanti juga turut membantu dalam situasi berikut :
  • Apabila Galaxy Nexus stuck pada boot loop atau Tak lepas logo Google logo ("soft brick").
  • Kita nak Restore Stock Android daripada custom ROM. Relock untuk membolehkan kembali ke factory settings. (Diperlukan apabila ingin kembalikan device kepada kedai semula).
  • atau hp anda macam dah mengong....
Disclaimer: Cuba kaedah ni dengan risiko tanggung sendiri yek! Ingat, ini juga akan menyebabkan waranti alatan anda terhapus.
NOTA:
* Platform Notebook : Windows Vista..dah test on Windows XP juga takde masalah. Pada Windows 7 dan Windows 8 mungkin ada sedikit masalah install ADB dan Fastboot Drivers dan kena follow kaedah disini : http://webtrickz.com/new-method-installing-adb-and-fastboot-drivers-for-galaxy-nexus-on-windows-7-windows-8/

1. Tatacara ni memerlukan anda untuk unlock bootloader yang mana akibatnya...Hapus semua data di hp anda termasuk di /sdcard. Jadi buatlah backup dulu.
2. HP Galaxy Nexus anda perlulah bernama maguro (Tengok kaedahnya di sini..)
3. Tatacara ni hanya sesuai untuk GSM/HSPA+ Galaxy Nexus sahaja, mungkin kot model CDMA juga boleh tapi aku tak pakai so tak dapat dipastikan.
Software diperlukan – Download Nexus Root Toolkit v1.5.3
Tutorial – Menukar Non-Yakju Galaxy Nexus kepada Yakju/Takju dan kemaskini kepada Official (Stock) Android 4.1.1
Langkah 1 – Langkah ni paling penting. Anda perlu install dan configure ADB dan Fastboot drivers pada Sistem Windows anda. Toolkit versi v1.5.3 ni memang dah memudahkan anda untuk install semua driver tu.  Dah install software tadi dan pergi ke butang bawah tajuk Initial Setup - Full Driver Installatio Guide - Automatic + Manual. Kalau rasa sesok sangat macam tk reti gak, pergi la jenguk url ni : [Installing ADB & Fastboot Drivers for Galaxy Nexus using Galaxy Nexus Root Toolkit].
Langkah 2 – Buat backup data di dalam HP anda dan jangan lupa SD Card juga. Pilih butang bawah tajuk Backup + Restore dan jika nak backup pilih butang backup. Seterusnya screen lain akan keluar. Dari situ pilihlah nak backup :
1) Call Logs
2) Text Messages (SMS)
3) Contact
4) Network Configuration
5) Virtual SDCard - Backup data dalam virtual SDCard untuk Galaxy Nexus yang takde external SDCard.
6) Backup All Applications tu tak digalakkan sebab bila restore nanti, ada kemungkinan tak semula boleh jalan. Jadi baiklah catat apps apa yg diinstall dan buat fresh installation semula.

Kalau rasa ragu-ragu dan perlukan pembacaan..pegi kat link ni : [How to Backup Galaxy Nexus Apps & Data without Rooting]
Langkah 3 – Lepas dah siap backup (bergantung kepada besar mana data dalam virtual sdcard anda), laksana unlock bootloader. INGAT! langkah ni hanya perlu dilaksanakan jika bootloader anda (Bila restart ada tulisan Google dan bawah dia ada mangga, jika mangga dah terbuka maknanya anda dah unlock bootloader). Jika belum, maka buatlah unlock bootloader tu dulu dengan klik butang Unlock di bawah tajuk Unlock di menu Tools. Jika perlukan pembacaan, tujuk URL berikut : [Guide to Unlock Samsung Galaxy Nexus Bootloader]
Langkah 4 – Enable USB Debugging pada telefon anda dan sambung ia kepada komputer anda menggunakan USB. Pastikan HP anda telah dicharge. First time buka Nexus Root Toolkit, pilih device model (CDMA or GSM). Boleh juga klik pada butang Change bawah tajuk Your Model Type jika nak tukar model. Kemudian klik pada butang Launch bawah tajuk Advanced Utilities dan klik pada ‘List devices’ (Advanced Utilities > Launch) untuk uji sambungan ADB dan Fastboot semuanya OK.


Langkah 5  Pada tools, bawah tajuk ‘Back to Stock: Current status’, tandakan Device is on sekiranya HP kita takde masalah bootup, atau tanda pada Can’t boot up sekiranya HP anda stuck tak lepas boot atau lekat kat logo Google.


Langkah 6  Seterusnya klik pada butang Flash Stock + Unroot. Ada keluar pop up bagitau cerita apa yang akan dibuat...Tekan Ok sekiranya dah bersedia. Seterusnya windows pop up semula..

Untuk Flash Yakju firmware, pilih ‘Android 4.1.1 JRO03C’.
Untuk Flash Takju firmware, pilih ‘Android 4.1.1 JRO03C’ dan tanda pada pilihan ‘With google wallet’ juga.

Pada tajuk Choice, pilih yang pertama ‘Automatically download + extract the factory image selected above..’. Then click OK. Kalau nak flash dari Custom ROM maka pilih yang kedua.
Nota: Semakan kesahihan file download, gunakan md5 hash value berikut :
MD5 Checksum for yakju – 61cad184127144888445987249f06fca
MD5 Checksum for takju – 10ed5a8b461de98d391648062bb6fc0f
Semuanya akan di download dan diinstall sendiri oleh tools.

Langkah 7  Window command prompt akan terbuka dan dapat dilihat seperti di bawah/ Sabaq yek menunggu kejap dan biarkan ia flash semua fail dari factory image.
Lepas proses flashing selesai, tunggu lagi sikit supaya HP anda siap boot semula.

Dah dekat nak siap...HP anda dah bootup, perasan tak takde dah animation memusing-musing tu yang macam versi 4.0.4. Ada nampak logo animasi huruf X. Maka anda dah dapat Android 4.1.1 yang diinstall dengan versi ‘yakju/takju’ firmware, dan membolehkan anda terima kemaskini terus dari Google.
Langkah 8  Kemudian nak check betul ke idak dah dapat Jelly Bean ni..klik pada settings > About Phones > Android Version 4.1.1 dan Build number : JR003C
Langkah 9  Seterusnya nak restore semula fail backup dibuat tadi kat langkah 2. Buka tools tadi semula dan pilih butang Restore dan buat restore kepada semua data yang anda dah buat backup.
YEAY! Sekarang Galaxy Nexus anda dah berada dalam keluarga Jelly Bean..pasti korang suka dapat rasa JB memang amat smooth.


~ Be a Creator Not a User ~

Ulasan

bards berkata…
bos,first nak tnya aku kene download yakju firmware ngan nexus root kit..kalo usbdeview tak payah ke?pakai net root kit die da skali ngan root,aku tgk belit2 ckit la,kene delete driver kat usbdeview,pastu install driver,pastu delete dan update by recommed..tgk link ni
http://webtrickz.com/new-method-installing-adb-and-fastboot-drivers-for-galaxy-nexus-on-windows-7-windows-8/
yang aku faham dr bro punyer detail just guna nexus root kit and make backup,flash firmware yg kite nak and then done...btol ke
bards berkata…
lagi satu aku ade tgk video,die unrar semua file yakjuxw dan copy dlm file fastboot and adw...sebelum aku guna nexus root toolkit aku kene satukan ke file yakjuxw dgn fastboot br boot firmware bru ni?
Muzamir Mokhtar berkata…
yep aku try install nexus rootkit tu kat windows vista..dan tested kat wndows XP ok..mungkin untuk Windows 7 dan 8 ni luck dia lain..Dalam Nexus rootkit tu ada juga cara nak install ADB dan Fastboot tu..kot boleh try dari situ..
Muzamir Mokhtar berkata…
Dalam Nexus rootkit tu aku pon boleh tolong downloadkan masa mula2 nak update tu.
bards berkata…
kalo succes ade ape2 masalah tak cth network pblm ke,google market atau app len tak support ke,atau brick?kalo da succes kene ble unroot blik ke bg elakkan warranty void?
anyway tq
nur hakiki berkata…
nak tnya bro apa tujuan binnaries ni?
Galaxy Nexus (GSM/HSPA+) binaries for Android 4.2/4.2.1 (JOP40C and JOP40D
dkt situ ade suh download driver Wi-Fi, Bluetooth Graphics,Orientation Sensor,NFC,GSM,DRM?ke bile da tukar ke yakju,driver ni hilang and kene manual install?
Muzamir Mokhtar berkata…
- bila succes, so far makan senang hati smoothnya...
- apps tu bila install firmware nanti akan hilang..memang boleh buat backup apps tapi tak digalakkan sebab akan ada masalah. Elok install semula manually. So rajin2 la catat apps ada dlm HP tu dulu sebelum install firmware baru.
- Firmware baru ni, tiap kali ada update baru Android, kita akan terus dapat. Kita tak tunggu samsung punya dah..mmg official Google Firmware
- Kalau root ni ikut suke..aku rootkan nexus aku sebab nak guna gesture unclock (PGM2) sebab ia perlu root dulu. Nak unroot semula pun takde masalah. Tak void warranty.
Muzamir Mokhtar berkata…
Ko try tgk kt sini :
https://developers.google.com/android/nexus/drivers

binariesnya berbeza ikut jenis Nexus yang ko guna. Jangan salah download. Tapi kalau guna nexus root kit ni ia akan auto downloadkan untuk kita.