Problem Install Libre Office 3.5


Sejak 2006 aku menggunakan versi open office ni. Sejak dari SUN Open Office, seterusnya diambil alih oleh Java, kemudian Java pulak diambil alih oleh Oracle dan versi selepas tu dikenali sebagai Oracle Open Office. Dan aku tengok oracle banyak membantutkan development open office. Aku mula gunakan versi lain iaitu Oxygen Office (varian Open Office) yang lebih banyak template installed. Namun tiada sokongan dan development juga lambat upgrade ke versi baru. Jadi kebanyakan pengguna open source mula berarah kepada Libre Office ni yang aku rasa sekitar tahun 2010 kot baru bermula. So far Libre Office ni patch dan support update very responsif. Versi baru keluar lebih awal dari Oracle Open Office. Sekarang ni dah versi 3.5 dah tapi Oracle OO pula masih di versi 3.3. Kebanyakan developer Open Office dulunya kini beralih kepada Libre Office.

Kini aku masih pengguna tegar Open Office dan even MS Office agak lama dah tak guna. Setakat versi 2003 tu boleh lagi aku godek2 tapi versi 2007 dan ke atas kini 2010 tu aku dah blur dah dengan function dan menu barunya. Cuma aku salute MS Power Point is still the best software to do presentation so far sebab banyak function built in dalam tu especially for professional presenter. Kalau takat present cikai je guna Libre Office Impress je cukup dah weh..

Features Libre Office 3.5 :

Writer : Sama macam MS Word dan versi baru ni lebih improve dari segi paparan fail versi 2007 ke atas.

Calc : Sama dengan versi MS Excel dan takkan nampak langsung perbezaan fungsinya bagi pengguna biasa. Bagi pengguna advance mungkin perlu selak menu yang berlainan untuk menjumpai fungsi yang sama.

Impress : Sama dengan versi MS Power Point. Namun bagi aku MS Power Point still the best part ni. Tapi Impress berusaha ke arah tu dan ianya turut mempunyai perisian Draw untuk melukis Flow Chart, Carta dan sebagainya. Draw juga boleh buat 3D image. Ia ada Math untuk tujuan kiraan.

Base : Semakin seangkatan dengan MS Access dan mungkin akan melebihi rakannya nanti. Aku tak pernah guna tapi member pernah try import sistem MS Access dia ke dalam Base ni ianya berjalan sempurna. So tak perlu lesen untuk software ni.

Kepada pengguna Libre Office versi 3.4.4 dan ke bawah, jika nak upgrade ke versi 3.5 ni perlu sekurangnya upgrade ke versi 3.4.5 dahulu atau uninstall semuanya dan install fresh 3.5

Semoga berjaya.

~ Be a Creator Not a User ~

Ulasan