Problem on PHP 5.4 to PHPRunner 5.3 applications

Fuhh...giler lama aku tak menulis kt blog ICT aku ni. Maafkanlah aku kerana agak sibuk dengan kerja seharian sehingga jadi malas nak menaip di blog aku ni..

InsyaAllah aku akan cuba hidupkan semula blog aku ni..

Aku bebaru ni belajar mende baru. Aku develop sistem guna PHPRunner versi 5.3. PHPRunner ni memang memudahkan untuk fast application development. Sebulan je siap aku setup sistem yang complete untuk simpan data, kemaskini data dan beberapa laporan perinci.

Then aku masuk kt dalam server Linux aku. Aku setkan cron job update patch apa-apa software dalam server aku tu secara automatik. So nak jadi ceritanya, sebelum ni masa bertukar dari PHP 5.2 kepada PHP 5.3 ada satu sistem ni tak compatible sebab ada rules dalam PHP 5.3 yang tak sesuai untuk sistem tu. Tapi kebanyakan sistem lain boleh guna so takde masalah sangat.

Then baru ni 4 Mac 2012 aku try buka sistem aku, sekali keluar error berikut :
'Error on Array to String Conversion'
Aduiii...aku masa tu kat sarawak..dalam hati ngape la time ni nak jadi masalahnya..banyak dah emel dari pengguna bagitau sistem problem, tapi KIV dulu sebab aku balik 5 Mac 2012 nanti. InsyaAllah ada idea nanti nak resolve.

Check punya check, rasanya dari awal tahun ni aku takde buat update sistem tu jadi tak mungkin sebabkan programming error. Then google kat internet pun tak jumpe apa2 solution. Aduihh...mujur 6 Mac aritu aku cuti, so lepak rumah cari solution.

Last sekali aku terbaca PHP 5.4 baru keluar 4 Mac 2012..so mungkin sebabkan versi PHP aku ni kot sebab masa tukar dari PHP 5.2 ke PHP 5.3 dulu pun ada masalah juga sesetengah sistem aku. Check versi PHP kat server :
# rpm -qa | grep php
php-5.4
php-gd-5.4
php....
....

Tak confirm lagi punca masalah tu..nak test server lain, server lain problem la pulak..huhu..
So aku tenangkan jiwa gi main bowling dulu...hahahahha..minta staff aku shoot emel kat pengguna bagitau sistem ada masalah teknikal dan akan selesai by 7 Mac 2012. fuhh...full commitment..ehehehe

Balik main bowling..aku cari repo yang ada simpan PHP 5.3.10-2. repo webtatic je ada yang tinggal tapi test yum repo tu problem. Then aku guna repo remi sahaja. Aku uninstall dulu PHP 5.4 :
# rpm -qa | grep php
(Simpan nama semua application php yang berkaitan dengan versi 5.4)

# yum remove (Senaraikan ikut nama application PHP versi 5.4 dengan dipisahkan oleh 1 space)

Then aku disablekan repo remi-test dan enable repo remi sahaja. Aku disablekan juga automatic software update di cron job. Selepas tu aku install PHP 5.3.10-2.

# yum install (Senaraikan ikut nama application dengan versi 5.3 dengan dipisahkan oleh 1 space)
cth : # yum install php-5.3 php-gd-5.3 ...

Selamat install, dengan bedebornya aku test semula sistem aku...alhamdulillah selamat semuanya jam 6 petang.


~ Be a Creator Not a User ~

Ulasan