CentOS/RHEL 32bit cannot detect RAM more than 4GB


Berjumpa sekali lagi sebab ada nota baru..hehehe
Aku baru ni ada buat upgrade RAM kepada server sistem dan web hosting. Asalnya ada 1 CPU upgrade jadi 2 CPU dan ada 2GB RAM tambah kepada 7GB RAM.

Server Web Hosting aku tu ada 30 virtualhost dalam tu kena maintain. So kena upgrade lah nak kasik laju sikit. Sebab part OS dan application tuning dah dibuat, so sekarang kena tune upgrade hardware part pulak.

Server tu model HP 140G3 jenis 1U dan boleh buat Mirroring sahaja sebab ada 2 slot HD. Maksimum RAM sehingga 16GB.

Sekiranya nak gunakan RAM lebih daripada 4GB, maka kena install Kernel PAE. Pakej Kernel PAE ni mampu digunakan atas server sehingga 64GB RAM (bergantung kepada maksimum kapasiti RAM  server yang dibenarkan). Ianya memerlukan CPU yang mempunyai kapasiti Physical Address Extensions (PAE). Yang bukan support PAE Kernel hanya support sehingga 4GB RAM sahaja. Jadi kalau nak guna lebih dari 4GB RAM maka anda kenalah install kernel-PAE.

Kaedah pertama gunakan sepenuhnya YUM ;
1) Pastikan BIOS detect jumlah RAM sebenar
2) yum install kernel-PAE
3) Reboot server

Jika kaedah yum tak dapat install, cuba download dan install manual RPM :
1) Pastikan BIOS detect jumlah RAM sebenar

2) cd /opt (simpan kat /opt)
3) wget http://mirror.centos.org/centos/5/os/i386/CentOS/kernel-PAE-2.6.18-238.el5.i686.rpm
4) rpm -ivh kernel-PAE-2.6.18-238.el5.i686.rpm
5) login ke webmin, pergi ke menu Hardware > GRUB Boot Loader > Klik 'Edit Global Options'
Kemudian pada Default boot option pilih Kernel-PAE berkenaan. Klik Save.
6) Reboot server

Cara nak check OS dah baca RAM baru, adalah dengan login ke dalam webmin dan tengok 'System Information'. Real Memory akan terpapar jumlah RAM baru.

yeay!

~ Be a Creator Not a User ~

Ulasan