OpenOffice vs LibreOffice

Untuk makluman, versi OpenOffice sekarang ni dah di take over oleh Oracle dari Sun Microsystem. So far kalau kita tengok patch update amat perlahan oleh oracle. Tak pasti ianya strategi atau memang disengajakan. Versi Oo Oracle ini tidak menyokong untuk save as versi MS Office 2007 dan 2010. Buka fail MS 2007 dan 2010 ok.

Versi professional Oxygen Office pula sekarang ini masih belum ada patch baru dan masih lagi menggunakan versi Oo 3.2.1 dan last update pada bulan jun 2010. Versi Oxygen Office adalah juga klon Oo yang menambah banyak template2 yang menarik untuk kegunaan pengguna professional.

Oleh itu, versi Oo fully komuniti owned dihidupkan kembali dengan wujudkan LibreOffice. Versi ini kini menggunakan versi stable 3.3.2 (advanced patch dari Oo Oracle). Versi 3.4 telah mencapai versi final release sekarang ni dan tunggu masa untuk keluar versi stable. Features diperbaharui dalam versi 3.4 adalah :
http://www.libreoffice.org/download/3-4-new-features-and-fixes/

Saya baru gunakannya utk versi 3.4 [FINAL] dan libre office memang penambahbaikan telah dibuat. Yang boleh saya listkan ;
1) Speed masa load perisian dah makin laju
2) Speed convert to PDF untuk fail besar dah improve skit
3) Paling jelas, dulu nak copy page dari website dan paste dalam Writer memang satu masalah besar dan kadangkala boleh hang PC..biar canggih mana pun. Sekarang memang laju dan tak sangkut.
4) Kalau Software crash, bila buka semula dan recovery file, memang laju dari sebelum.Yang ni jelas improve dari pengalaman.

Jika berminat untuk explore LibreOffice (LO) ini boleh download di URL berikut :
http://www.libreoffice.org


~ Be a Creator Not a User ~

Ulasan

-= JoHn LaBu =- berkata…
Maroh ar en. Bazlee
muzzo berkata…
bakpe pulokrnye en bazlee marohnye nim?