CPU 100% on Windows 7 and Firefox Hang on Windows 7

Kalau tengok gambar ni dah macam lambang Proton je kan..hehehe..
Beberapa hari yang lepas, PC aku yang baru guna Windows 7 ni jadi gile..asal buka je  terus slow.

1) Tengok kat Task Manager tab performance CPU aku maintain je load 100%...
2) Aduhai...aku saspek ada virus ni dalam pc aku..kot virus ni guna network tu jadi load tinggi.
3) Buka Resource Monitor aku tengok kat bahagian tab CPU, process system aku tinggi, guna 96% load CPU. System ni adalah NT Kernel Windows.
4) Aku google kat internet, ada kata suh restart semula PC ok, ada kata suh reinstall semula windows. Aku tk mampu dah nak mengadap PC nak install semula semua software kegunaan aku...huhu
5) Masa aku guna Windows XP dulu ada gak kes PC slow ni..last2 aku cari software 'combofix'
6) Nak download kat pejabat ni kena blok le pulak..aiyakk...kena la aku cari network streamyx nak download
7) Dah download tu aku takde thumb drive le pulak, hehehe..Notebook aku tertinggal kat kampung balik baru ni satu beg penuh isi gadget2 aku..hehehe..so menagih member pinjam thumb drive sat. Download software tu kat sini COMBOFIX
8) Then aku run kat PC aku, tak perlu run on safe mode pun tkpe. Software tu laksanakan tugasnya dan suh restart semula PC dan tunggu lagi. Done!
9) Aku biarkan PC aku terbuka dengan Firefox sekali terbuka. Pagi esoknya aku tengok semula PC aku dah tak hang dan load PC stabil. Kalau tak sebelum ni bila tinggalkan je PC dengan Firefox on mesti esoknya akan hang dan aku kena restart semula PC guna button ajaib di CPU.

combofix ni adalah spyware remover dan ia akan restore juga file di PC kepada yang asal. Mungkin PC aku dijangkiti salah seekor darinya..

yeay PC aku laju kembali!
~ Be a Creator Not a User ~

Ulasan