Phishing Website


Saje arini aku nak share aku ada terima emel spam berkenaan suh update akaun maybank2u. Aku memang dah tau site tu phishing tapi saje je jugak pi klik.

Aku dah delete la pulak emel tu tadi..tk dapat nak tunjukkan screenshotnya.

So sebelum aku klik tu aku dah prepare dah make sure antivirus SEP aku updated dan Firefox aku dah diinstall dengan DontPhishMe add-ons. Add ons tu orang malaysia sendiri yang buat, team mycert. Memang power ah group tu. Nak download guna add ons tu leh klik kat url ni :
https://addons.mozilla.org/en-us/firefox/addon/dontphishme/

Kalau guna IE tu biasanya kalau update patch kepada terkini dah ada juga phishing add-ons.


Tindakan nakal aku buat :

1) Klik URL ni : https://www.medi-fix.com.my/mbb/m2u/common/M2ULogin.do
2) So ia akan redirect ke page yang sebijik macam login page maybank2u
3) Dengan adanya add ons DontPhishMe ni ia akan keluar pop-up sebegini :

4) Seterusnya jika kita klik Cancel, ia akan keluarkan pop-up sekali lagi sebegini :

5) Jika klik cancel juga memang degil sunggoh, maka masukla ke page tu. Anda sendiri tanggung risiko la sebab orang dah peringatkan.

6) Untuk IE pulak bila aku klik URL tu tadi, ia akan keluar sebegini :

So hati-hatilah dengan Phishing Website ni. Perhatikan betul-betul domain digunakan dan pastikan ada ikon mangga dibawah kanan browser atau berbeza ikut jenis browser. Any further info rujuk site ni : http://www.cybersafe.my/home.html

Semoga berjaya!

~ Be a Creator Not a User ~

Ulasan