How to Make Your Tablet PC Useful

Kali ni aku nak kongsi cara-cara nak jadikan tablet PC lebih berguna dan bukan sekadar membeli sahaja tapi tak tahu guna dengan sebaiknya. Macam kat ofis aku ada beli 2 IPad tapi cembiasa la utk golongan atasan. Sesapa saja leh guna tips ni...aku pun belum ada, in future mungkin aku akan beli satu..
1) Simpan tablet PC dalam Beg
- Saiz yang kecil dan fleksibel membolehkan ia dibawa kemana saja dan sambil tunggu bas pun boleh guna tablet PC.

2) Mudah bawa dalam Kerja
- Doktor leh guna tablet PC untuk semak carta kesihatan pesakit. Pelukis boleh lakar gambar di tablet PC dan boleh dicetak terus dengan lebih cepat. Peniaga boleh buat kiraan stok menerusi sistem stok barangan.

3) Baca buku
- Guna tablet PC boleh gantikan buku novel yang tebal. Ianya mudah dibawa dan boleh dibaca dalam gelap sebab ada cahaya dari tablet PC. Tak perlu cahaya tambahan.Banyak sekarang e-Majalah, eBook dan dokumen PDF. Hanya muat turun dan baca pada bila-bila masa.

4) Ikuti Berita
- Boleh baca surat khabar online sekarang ni. Tablet PC dengan jalur lebar lebih baik.

5) Power Point / Impress
- Boleh sunting dan bina persembahan untuk tujuan kerja dengan lebih mudah. Jika ada fungsi VGA terus ke LCD Projektor pasti lagi mudah.

6) Lakaran Kreativiti
- Memandangkan saiznya seperti buku tulis kecil, ada pen stylus bersamanya maka boleh melukis padanya dengan lebih mudah. Pelukis jalanan boleh cari makan guna ni. Terus sambung ke printer untuk cetakan.

7) Ambil Nota
- Boleh dijadikan sebagai gantian buku nota. Dalam tablet PC ada perisian kenal tulisan dan convert kepada teks. Jadi sambil dengar khutbah, dengar tazkirah kat masjid atau dengar cikgu mengajar tu boleh la guna tablet PC catat apa patut..kan bagus kegunaan tu.

8) Simbol Matematik
- Menulis simbol matematik yang pelik2 lebih mudah dengan ada tablet PC sebab kebanyakan simbol matematik susah nak ditulis dalam Notebook dan PC biasa. Ini kerana lukis je simbol tu kat dalam PC.

9) Mesyuarat
- Kerja nak menulis minit mesyuarat ni bukan kerja senang, dahla kena siapkan dalam masa 3 hari. Dengan ada tablet PC ni maka lebih mudah nak mencatat minit mesyuarat on the spot terus semasa mesyuarat. Selain tu, kalau guna notebook, skrin depan kita tu dah terhalang dari pengerusi mesyuarat.kan ke tak mesra lak nanti duk menaip minit mesyuarat tapi macam menyuruk belakang skrin notebook je...hehehe

10) Ucapan
- Gunakan tablet PC sebagai ganti untuk baca teks ucapan perasmian dalam sesuatu majlis. Nak selak muka surat pun mudah dengan tablet PC. Bergaya la skit pemberi ucapan perasmian bawak tablet PC naik pentas. Selain tu ada perisian boleh convert pengucapan kepada perkataan.

11) Borang
- Guna tablet pc untuk isi borang soal selidik ke, oder barang ke, check in hotel ke. Kalau nak guna kios kan ke besar gedabak saiznya dan perlukan ruang.

12) Log
- Menyimpan log pekerjaan yang dilakukan terus ke dalam PC. Log tu boleh terus hantar menerusi emel dan boleh cetak jika diperlukan.

13) Resipi di dapur
- Kalau nak memasak, tengok je tablet PC. Tkyah nak salin dalam buku nota lusuh2 atau print kat kertas semata nak memasak. Siap boleh tengok cara-cara memasak lagi dalam youtube.

14) Album Foto
- Tablet pc boleh ganti buku album yang banyak2 tu. Boleh simpan gambar2 yang diambil dalam tu dan boleh belek bila-bila masa saja. Sambil tu boleh jadikan frame gambar, kalau time nak tido tu leh tengok2 gambar tersyg senang sikit nak tido.

15) Menonton Movie
- Kepuasan menonton movie bukanlah keutamaan bila menggunakan tablet PC ni tapi lebih kepada mobiliti.

16) Permainan
- Permainan ringan boleh dimainkan terus dari tablet PC sekadar nak hilangkan stress.

17) Proposal / Resume
- Kalau buat proposal tu leh terus tunjuk dalam tablet je takyah nak print out binding banyak2. Selain tu kalau gi interview leh bawak tablet PC as resume digital. Baru bergaya, dan orang yakin sikit kat kita.

18) Diari
- Boleh menulis diari dalam tablet anda gantikan buku diari. cuma sentimental value tu kurang la. Dan kalau tablet pc kena virus, data diari anda akan hilang atau kena curi...bahaya gak wooo...

Moga tips ni yang aku adapt dari Majalah PC edisi Februari 2011 mampu membantu anda mempelbagaikan penggunaan tablet PC ni bukan sekadar nak surf Facebook je...buat rugi je..

~ Be a Creator Not a User ~

Ulasan