How to change file/folder owner and permission in Linux

Aku rasa cukup lama sangat dah ni aku dah kongsi ilmu aku belajar dari internet dan rakan-rakan. Maaf, banyak ilmu diperolehi tapi tak kesempatan agak sibuk dengan tugasan semasa dan nak kejar SKT tahun ni..Aku akan cuba masukkan slowly...

Ok, skang aku nak citer cara kita nak tukar file permission menggunakan command dalam linux

OS : CentOS 5.x / RHEL 5.3

1) Buka command shell dan taip
# ls -l
// untuk tujuan menyenaraikan fail dan folder yang ada serta owner, group dan permission bagi setiap folder dan fail tersebut.

2) Sekarang kita buat tukar permission file dulu :
Untuk tukar permission single file :
# chmod 0777 (nama file bersama path)


Untuk tukar permission semua file dalam folder :
# chmod -R 0777 (nama folder dan path)

Untuk tukar permission kepada selected file yang permission 777 kepada 755 berdasarkan permission :
# find (nama file dan path) -perm 777 -print -exec chmod 755 {} \;
//kaedah ni menggunakan cara cari dulu file berkenaan dan seterusnya gunakan -exec untuk laksanakan chmod

Untuk tukar permission kepada folder di dalam path tersebut sahaja :
# find (nama folder dan path) -type d -exec chmod 755 {} \;


3) So kalau untuk ubah owner dan group pula, boleh gunakan kaedah command chown gantikan dari chmod dan seterunya buat pertukaran pada value permission kepada nama owner dan nama groups sahaja. Contoh seperti di bawah :
# chown-R (nama owner).(nama group)
 # find (nama folder dan path) -type d -exec chown (nama owner).(nama group) {} \;

Harap boleh mencuba...dan raikan kejayaannya..


~ Be a Creator Not a User ~
http://muzzotechspot.blogspot.com
http://muzzoshah.blogspot.com

Ulasan