How to update new patch or package in Linux

Ini nota simpanan aku gak sebenarnya sebab nak buat SOP pasal ni.
OS : RHEL, CentOS
Apps : WEBMI, sendmail
Repo :
remi, epel, centos, rhel, rpmforge, webtatic, webmin...
Cara nak install :
1) Download semua file repo dari link ni : REPO
2) Download semua file PKI dari link ni : PKI
3) Extract file repo dan copy semua file repo tu guna winscp ke dalam folder '/etc/yum.repos.d'
4) Extract file pki dan copy semua file pki tu guna winscp ke dalam folder '/etc/pki/rpm-gpg'

Cara nak update patch atau package tu command nye simpel je.
Tapi ni aku nak terang cara guna webmin untuk setup peringatan sekiranya ada package atau patch terbaru perlu di kemaskini pada sevrer Linux anda.

1) Jika Server anda tiada webmin, install la dulu.
> yum webmin
2) Buka webmin guna firefox atau IE di url http://:10000
3) Login ke dalam webmin
4) Pergi ke menu System > Software Package Updates
Gambar contoh seperti di bawah :

5) Sila isikan ruang di bawah 'scheduled checking options'
Check for updates on schedule? - Pilih Yes dan pilih sama ada terima secara harian, mingguan atau setiap jam
Email updates report to - Masukkan emel yang akan diterima oleh server admin agar beliau tahu ada package atau patch baru perlu dikemaskini. Boleh masuk banyak emel dan dipisahkan menggunakan koma (,)
Action when update needed - Boleh pilih ikut pilihan jenis update yang dikehendaki. Aku pilih 'Install Security Updates' sebab aku rasa yang penting pastikan linux server aku secure dari vulnerable.
6) Dah sudah tu pilih SAVE.
7) Sekiranya anda pilih makluman secara harian, maka setiap hari anda akan terima emel dari server memaklumkan bahawa package atau patch apa perlu dikemaskini.
8) Anda boleh update semua package dan patch tu gunakan webmin dari menu tu, tapi aku suggest elok gunakan command line
9) Login ke server guna putty.
10) Run command tersebut dan seterusnya ikut arahan diberi :
> yum update
11) Sekiranya ada patch / package tak boleh install atas sebab tertentu maka run command berikut. (contohnya semua update perl tanak update) :
> yum --exclude perl* update
12) Done, semoga berjaya!

 
~ Be a Creator Not a User ~
http://muzzotechspot.blogspot.com
http://muzzoshah.blogspot.com

Ulasan