Time to Setup WSUS

Terima kasih kepada owner blog ni : Microsoft

Blog aku kali ni aku just translate tutorial yang blogger ni buat untuk setup WSUS. Memang setakat ni yang pernah cari pasal ni, blog ni yang paling lengkap dan begitu teliti sekali.

Sebelum tu aku terang skit apa sebenarnya WSUS. Windows Software Update Services (WSUS), adalah Alat / perisian Microsoft yang berfungsi sebagai pengurus Patch Windows. WSUS ni menggantikan Software Update Services (SUS) yang juga mempunyai fungsi yang sama.

Cara biasa update patch Windows + Microsoft :
KAEDAH 1 :
Kita biasanya dah tau pasal Automatic Updates pada setiap windows. Biasanya kalau kat pc kita memang setting default jam 3 pagi akan auto update. Kalau kita rescheduled semula ikut waktu kita available pun ok. Tu kalau guna automatic update, windows akan auto download patch baru windows dan perisian microsoft untuk di update ke pc kita. PC kita akan download patch tu menggunakan rangkaian internet.
KAEDAH 2 :
Cara lain untuk update patch kat pc kita ialah dengan pergi ke internet site www.windowsupdate.com dan terus ikut arahan next dan next untuk download patch dan update patch windows dan perisian microsoft...
KAEDAH 3 :
Setup satu server WSUS, server tu akan download semua patch windows dan microsoft terkini. Kemudian semua PC dalam rangkaian akan setkan automatic update dari server WSUS tadi. Jadi kita dapat kurangkan beban penggunaan rangkaian ke Internet dan dapat pastikan kestabilan PC sentiasa up to date patch windows + microsoft.


Cara2 nak install tu masing-masing leh tengok step by step penerangan seterusnya...aku compile masukkan dalam file PDF notanya. Mudah korang nak baca nanti...

Silalah dowload file tersebut di sini. NOTA WSUS. Mudah dengan google docs..yeah!

~ Be a Creator Not a User ~
http://muzzotechspot.blogspot.com
http://muzzoshah.blogspot.com

Ulasan