Integration EGNet and Streamyx

Kali ni aku nak terangkan cara-cara nak buat  integration ni.

Keperluan di lokasi Streamyx :
1) Modem streamyx + router
2) Switch
3) PC-PC Client

 Keperluan EGNet
1) Firewall EGNet (jika ada lagi elok, kalau takde pun takpe cuma mcm tkde kawalan lak nk masuk EGNet dari public network)
2) Router EGNet
3) Modem EGNet

So caranya :
1) Kita dah anggap line EGNet dan Streamyx dah berjalan lancar secara berasingan tanpa ada masalah
2) So sambungkan modem + router streamyx ke switch, firewall EGNet ke switch, PC-PC ke switch.
3) Setting pada modem + router dan tetapkan routing gateway di modem tu kepada ip LAN khas untuk firewall EGNet bagi sebarang akses kepada ip sistem aplikasi EGNet.
IP sistem : 172.168.3.2
IP Gateway LAN Streamyx : 192.168.1.254
IP Firewall EGNet : 192.168.1.10
Routing apabila user akses sistem : 
172.168.3.2 -> 192.168.1.254 255.255.255.0 -> 192.168.1.10

Kaedah sebegini digunakan kerana mengikut pemahaman konsep routing dan gateway.

- Setiap PC client akan ditetapkan host file IP sistem dan nama sistem berkenaan.
- Apabila PC client cuba akses kepada IP sistem tersebut, ia akan pergi ke gateway yakni modem yang juga router bagi rangkaian streamyx. Kita perasan masa setting gateway PC tu kita akan masukkan IP modem + router.
- So apabila sampai ke modem + router tu, ia akan interpret supaya setiap kali terima request akses ke IP Sistem tu, maka konfigurasi routing dlm modem + router tu akan alihkan trafik tu kepada firewallEGNet yang telah kita tetapkan ipnya sama VLAN dengan modem + router streamyx tu tadi.
- Bila dah hantar trafik ke sana, maka setellah utk terus akses ke sistem tu menggunakan EGNet.

Setting pada modem ni berbeza-beza, tapi cuba la cari kat bahagian menu routing. Anda boleh bayangkan flow routing tu dari cth di atas ni dan sesuaikan dengan konfigurasi modem + router masing-masing.

Selamat mencuba..

~ Be a Creator Not a User ~
http://muzzotechspot.blogspot.com
http://muzzoshah.blogspot.com

Ulasan