Bandwidth Shaping with linux

Sapa kata linux takde software untuk buat bandwith shaping. Sebelum aku terangkan antara tools linux yang ada, aku cite sikit pasal bandwidth shaping ni. Bandwidth shaping tujuannya adalah untuk kita membuat agihan bandwidth di dalam rangkaian berdasarkan aplikasi, port atau user tertentu. Tujuannya dibuat agihan ini adalah untuk memastikan bandwidth dapat digunakan sama rata mengikut kepentingan tertentu berdasarkan penetapan aplikasi, port atau user.

Kalau diikutkan sebenarnya kadangkala ada orang panggil traffic shaping, packet shaping, url shaping dan macam2 lagi. Fungsinya semua adalah sama untuk membuat agihan berdasarkan kepentingan dan bandwidth.

Contoh shaping aplikasi seperti aplikasi voip, web, video streaming, oracle, MSSQL dll
Contoh port pula seperti port 80 (http), port 21 (ftp), port 22 (ssh), ICMP (ping), port 443 (https) dll
Contoh user pula adalah agihan bandwidth berdasarkan VLAN rangkaian yang juga mewakili sekumpulan pengguna. Kalau nak direct kepada orang2 tertentu pun boleh.


Bagi Linux, sejak versi kernel 2.2 lagi memang dah ada free tools dalamnya untuk buat network trafic shaping. Sejak versi Linux kernel 2.4.2 ke atas shaping network trafic di support sepenuhnya tanpa perlu patch apa2 lagi dah.

Tools yang diperlukan kena patch tu sebenarnya hanya pakej iproute2 je.

Sesetengah menambah tcng untuk memudahkan konfigurasi.
Selain tu, penggunaan iptables dah cukup power untuk buat shaping ni. Tapi pengetahuan tentang routing dan unix command yang tinggi amat diperlukan. Tapi memang berbaloi..



So, sini aku senaraikan tools dan website untuk dirujuk :

1) IPTABLES - HERE
2) TRAFFIC CONTROL NEXT GENERATION - HERE
3) DIFFERENTIATED SERVICES ON LINUX - HERE
4) LINUX ADVANCE ROUTING AND TRAFFIC CONTROL - HERE

Namun percaya atau tidak, kebanyakan perisian atau applliance network trafic shaping ni backend dia mesti guna linux kernel. Sebab ia murah dan power.

Kalau 3COM Tipping Point IPS tu memang guna linux kernel pun backend dia sebab aku ada guna dan masa training guna command sebiji macam linux / unix (asalnya). Begitu juga dengan watchguard firewall, belakang dia pakai linux kernel juga. So tak heran la sebenarnya tak Linux hilang di dunia..ia sentiasa ada...

~ Be a Creator Not a User ~
http://muzzotechspot.blogspot.com
http://muzzoshah.blogspot.com

Ulasan