SPEKS problem with Oracle JInitiator on Mozilla Firefox and IE8



Hari ni memang kerja aku update ilmu je la...huhu. Takpe seronok tolong orang..So pagi tadi JT aku ada call tanya pasal problem running SPEKS untuk Mozilla Firefox even version 3.5.6 pun. Aku terkejut gak sebab sebelum ni memang oracle JInitator memang tak support dan nampak takde hasrat pun nak support untuk IE 8 tapi Mozilla Firefox adalah solutionnya untuk running SPEKS. Aku tak sangka rupenye Windows XP SP3 ada kesan yang mendalam dan menyusahkan kepada pengguna SPEKS ni. Tak pasti samada masalah ni memang sah dan berlaku kat semua user Windows SP3. Untuk browser IE ni cuma versi 7 sahaja maksimum yang boleh guna SPEKS padanya. Aku ada call JT Rompin tanya masalah pernah hadapi disana. Katanya PC guna SPEKS kebiasannya guna Windows SP2. Aku rasa kalau update SP3 memang dah kena guna IE8 rasanya ia default dalam tu. Problemnya sebenarnya versi JVM dalam oracle JI tu je yang tak support untuk IE baru ni.

So hasil googelan aku, berikut solution kepada masalah akses SPEKS pada PC guna Mozilla Firefox dan
Internet Explorer 8 :
--------------------------------------------
Test Bed PC Aku :
OS : Windows XP SP3
IE : VERSI 8
Firefox : VERSI 3.5.6
--------------------------------------------
 1) Check PC tu sama ada dah install Oracle JI ke belum. Biasanya kalau SPEKS kat pahang ni guna Oracle JI 1.3.1.26 sebab di server dah install versi tu. So takleh nk up to date gak..
2) Kalau nak bersih, kita uninstall dulu Oracle JI tu dan kemudian install semula Oracle JI 1.3.26
3) Download JRE 1.5.22. Leh download dari website ni. Klik untuk download bagi Java Runtime Environment (JRE) 5.0 Update 22. Site lain untuk download nanti aku kemaskini semula artikel ni. Bagi staff ofis aku download dari ftp://storageuptm.pahangnet/TECH TOOLS/BROWSER/
4) Install software tu sampai siap
5) Seterusnya buka folder C:\Program Files\Java\jre1.5.0_22\bin\client dan copy file jvm.dll (versi 5.0.220.3)
6) Seterusnya buka folder C:\Program Files\Oracle\JInitiator 1.3.1.26\bin\hotspot dan rename file jvm.dll kepada jvm.dll~
7) Paste file yang copy tadi ke dalam folder tersebut
8) Buka Firefox dan taip http://speks.pahang.gov.my InsyaAllah berjaya.
9) Lepas aku secara tak sengaja tertest IE 8. ek eh..boleh le pulak...amin...ehhee..

Kalau cara di atas ni tak berjaya di tempat anda, cuba gunakan IE Standalone versi 7. Boleh download di website ni. Mula-mula unsinstall Oracle JI dan install semula Oracle JI 1.3.1.26. Seterusnya install IE Standalone versi 7 ni. Follow step sama macam atas dan test menggunakan IE 7. InsyaAllah ok.

Kalau tak berjaya juga guna IE 6 ikut step sama bagi IE 7. Download dari website ni.

Tambahan :

--------------------------------------------
Test Bed PC Aku :
OS : Windows VISTA Home Premium SP2
IE : VERSI 8
Firefox : VERSI 3.5.6
--------------------------------------------
Aku gunakan kaedah sama seperti test bed aku atas Windows XP. Ya! SPEKS boleh dibuka di IE 8 dan Mozilla Firefox. Cuma ada keluar popup mengatakan file-file berikut  :
a) ffisamp.dll
b) jacob.dll
c) JNIsharedstubs.dll
d) d2kwut60.dll
tak boleh dicopy ke dalam folder C:\Program Files\Oracle\JInitiator 1.3.1.26\bin sebab masalah file permission. Jadi skang ni download file-file tu dan copy manual ke dalam path tersebut. Tapi bile aku test semula macam sama je keluar gak pop up mesej tu. Mungkin file DLL di copy tu kena register dulu. Dah test try register guna command "regsvr32 jacob.dll" tapi keluar error tak boleh register...yang tu aku tak sempat nk explore lebih lagi.

Aku tak test sama ada dengan ignore je error pop up mesej tu SPEKS berjalan lancar. Yang ni kena tanya JT la..sebab mereka lagi dekat dengan user..

Yay! Windows Vista dan XP boleh guna...dan aku rasa guna Linux pun ok ni..tu blom cuba lagi..letih dah aku mencuba..korang lak cuba..hehe..


SELAMAT BERJAYA!


~ Be a Creator Not a User ~
http://muzzotechspot.blogspot.com
http://muzzoshah.blogspot.com

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
cantik la....tq..tq...
Maisarah - AN berkata…
Thanks bro! Sorry la tak sempat tengok pun masalah ni. year end closing ni betul2 memberi tekanan hebat. telefon tak berenti berbunyi. rasa cam nak cabut jek cable tu. hahaha.
muzzo berkata…
Tanpa Nama - no prob..
Maisarah - No problem tolong menolong...lepas abis tu leh pi Year End Sale sempat lagi sampai 3 Januari 2010..ehhe
Maisarah - AN berkata…
hahaha.. betul tu. release tension :)
AKU_1119 berkata…
MEMANG POWER AAA CIK AMIR,.....TAK PERNAH PLAK TERPIKIR NAK KAJI SAMPAI GITU,...

TP SOLUTION NYER MCM YANG DULU GAK ....YANG KENE RANAME FILE .....KAN GITU
muzzo berkata…
err...rasanye tk sama..dulu rename jinit file..yang ni replace file JVM...sebab oracle tk support JVM baru yg boleh guna atas IE 8 dan VISTA..Oracle pun poyo gak keras pale tanak upgrade...so kalau nk guna yg sun java punye JVM, kena tukar sistem SPEKS tu kena install sun java sebagai client JVM utk buka SPEKS..