How to setup 3G on Huawei E160e


Lama sangat aku menyepi tak menulis. Antara faktor utama adalah kemalasan dan kesibukan tugas pada masa sekarang. So kali ni aku akan share cara nak setup 3G Celcom pada modem Huawei E160e. Aku baru sahaja beli modem baru dan daftar Celcom 3G pakej D68 dengan 384kbps maksimum download speed dan 5GB maximum download data dan selepas tu celcom akan reshape bandwidth jadi kecik. Gambar modem yang aku guna tu seperti di atas.

Modem yang aku guna adalah model unlock SIM yang mana boleh masuk mana-mana SIM Card telcos di Malaysia selain Celcom. Harganya RM300++ tapi kalau beli kat mana lowyatt atau second hand rasanya lagi murah ni. Modem ni menggunakan software Mobile Partner.

Langkah-langkah bagi setup 3G adalah seperti berikut :

1. Pertama sekali rujuk bagaimana instalasi software Mobile Partner dan driver seperti manual yang terdapat dalam kotak yang anda beli. Tapi kebiasannya windows akan auto detect instalation software dan driver tersebut.

2. Bila dah selesai bab install langkah 1 tadi, akan ada shortcut mobile connect di desktop. Double click dan buka Mobile Connect tersebut

3. Jika ia minta PIN, masukkan 1234 (default SIM Card PIN). Jika tiada teruskan je ke langkah seterusnya

4. Pergi ke Tools, dan pilih Options dan pilih Profile Management seterusnya pilih New

5. Sila taip maklumat seperti gambar di bawah. (Khas untuk pelanggan celcom sahaja)



6. Untuk bahagian Advanced tu tak perlu sentuh. Tapi jika nak tukar dns standard diberi celcom kepada OpenDNS yang lebih stabil, boleh tukar dns kepada berikut :
Primary DNS : 208.67.222.222
Secondary DNS : 208.67.220.220

7) Seterusnya klik Save.

8) Klik Connection pada menu Mobile Partner dan cuba connect. Alhamdulillah anda berjaya.

-----------------------------------

~ Be a Creator Not a User ~
http://muzzotechspot.blogspot.com
http://muzzoshah.blogspot.com

Ulasan

m.k.z.e berkata…
utk PROLINK PHS100 3G boleh guna open DNS ker?
muzzo berkata…
Boleh, takde masalah. Tukar je dari dynamic kepada static..then pakai ip tu