Upgrade HUAWEI 3G Modem E220 and solve problem detection on vista

Aku nak luahkan apa yang aku jumpe kat internet dari surfing aku dan 5 hari notebook vista aku tak detect 3G Modem HUAWEI ofis punye ni.

Sebelum jadi gini ok je modem tu detect kat notebook MS Vista aku ni tapi selepas aku terbaca step untuk upgrade firmware modem tu. Step ni sesuai bagi yang guna modem HUAWEI E220 tapi versi firmware lama.

Punca kepada aku teringin nak godek firmware modem tu sebab aku terasa slow teramat sangat akhir2 ni dengan 3g celcom di IM ni. So ada artikel kata perlu upgrade firmware dan software VMCLite tu. So cari punye cari jumpelah.

So lepas aku check firmware modem aku ni kiranya macam dah up to date. Cara nak check buka VMC program tu dan klik Help > Diagnostics. Dalam tu ada summary firmware version dan info lain tentang modem tu. Selain tu aku tengok software aku guna ni versi lama. Ada versi baru, jadi aku pun ikut step di bawah ni dan secara tak sengaja terupdate firmware yang dah latest. Tapi resultnya takde masalah pun sebab ia akan detect firmware dah up to date. Berikut stepnya :

1) Cari PC/Notebook Windows 2000 / XP dan plug modem padanya. Sebelum tu uninstall dulu Software Vodafone yang ada dalam PC tu
2) Plug semula modem tu pada pc tu tadi. EULA akan pop up keluar dan pilih cancel.
3) Untuk update bagi tujuan masalah Vista tak detect modem tu. Download file berikut dan run.
4) Sikit lagi nak siap ni. Sekarang update software device modem tu ke versi terkini. Ada fungsi SMS di perbetulkan dalam versi baru ni. Download file berikut dan run. Jika ada error 'firmware not response' biarkan sebab ianya tiada masalah.

Setelah selesai maka modem anda dah ada software terkini dan firmware terkini.
Barulah boleh plug in pada vista. Pasti akan detect dan boleh digunakan.

Bagi kes aku ni, aku cuma upgrade device software tu je. So caranye :

1) uninstall Vodafone software dari pc vista
2) aku run registry booster untuk cleanup registry software lama tu.
3) restart pc vista aku
4) aku plug in pada pc vista aku dan ia akan detect untuk install semula software dan driver berkenaan.
5) Tapi PC aku ni problem dengan install HUAWEI Mass Storage USB Device, ia stuck kat situ.
6) Buka Device Manager (Control Panel)
7) Tengok pada USB Mass Storage Device ada tanda seruan kuning dan "Universal Serial Bus controllers". Klik kanan dan pilih "Update Driver Software"
8) Pilih "Browse my computer"
9) Pilih "Let me pick"
10) uncheck "sHOW COMPATIBLE DEVICES"
11) Pilih "(Generic USB Host Controller)" dan seterusnya pilih "USB Composite Device" pada model tab. Install sampai siap.
12) Anda akan tengok selepas siap install tu drivers lain pun menyusul, Data Interfaces kantoi juga tapi lepas unplug modem dan plug in semula ia auto install.

So selepas tu terusla aku leh guna modem tu semula.
Fuhhh lega...aku ingatkan symantec aku ni blok software tu dari running tapi memang aku ada set polisi cuma test mode je dan aku semak log memang betul pun.

So masalah vista ni memang menyakitkan kepala dan aku harap cepat2 la keluar windows 7 yan aku dengar banyak memuji dari mengeji macam vista ni.

Sorry Bill Gates

Selamat mencuba bagi yang ada masalah macam aku ni.

~ Be a Creator Not a User ~
http://muzzotechspot.blogspot.com
http://muzzoshah.blogspot.com

Ulasan