Create New MySurfGuard in 15 minutes


Bebaru ni aku ada setup server mysurfguard (squid+dansguardian) baru gunakan version baru dari OSCC dan dimasukkan sekali dalam tu :

1) VSFTP untuk ftp server simpanan installer teknikal di daerah
2) Shorewall untuk kawal hanya subnet di daerah berkenaan sahaja boleh guna server tu sebagai proxy server dan juga untuk filter port yang melalui server tersebut
3) NTOP untuk monitor bandwidth utilization.

So aku dah sesiap install dan configure cun punye satu server ni. Spesifikasi dan harddisk sama dengan yang digunakan disemua daerah. So aku clonekan menggunakan clonezilla. Lebih kurang caranya seperti artikel aku berikut : Clonezilla

So dah siap create image 80GB tu ke dalam image file dalam 1Gb lebih rasanya. Aku simpan dalam thumb drive aku. So mulai sekarang aku boleh setup mysurfguard baru pada server di daerah (PC Pentium 4) kepada versi baru dengan 15 minit sahaja...ehehehe...

Aku try tadi ada la dalam jangkamasa tu sebab nak restore image untuk clone ke server daerah tu ambil masa 8 minit, so 7 minit lagi untuk aku setup ip filter dalam shorewall dan juga semakan servis berfungsi serta pastikan senarai exceptionsitelist dan bansitelist dikemaskini yang terkini. Selain tu juga aku upgrade RAM server tu jadi 1.5GB...ehehehe..kasik besau sikit sebab banyak fungsinya tu.

Jadi setakat ni aku buat secara berperingkat dan setakat ni 5 server mysurfguard daerah telah di clone versi baru dan di upgrade RAM. Tinggal lagi 6 server going to upgrade soon. Expected by middle of this month semuanya akan siap di upgrade..

Kena pastikan SKT aku tahun ni tercapai ni.
Seronok bila kita mampu memudahkan kerja sendiri dengan kaedah yang kita cipta sendiri...fikirkan tahap kepuasannya amatlah tinggi...
So, aku dah explain pada staff teknikal pejabat aku agar guna cara ni tapi tulah..kepala masing-masing masih belum rasa kepuasan tersebut sendiri dan masih mengamalkan budaya menunggu 'someone' untuk melakukannya untuk mereka tanpa mahu usaha sendiri...jadi akibatnya kerja mereka juga akan di outsource nanti...berhatilah...masa tu makin dekat...

~ Be a Creator Not a User ~
http://muzzotechspot.blogspot.com
http://muzzoshah.blogspot.com

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
terima kasih sbb byk kongsi info.

cam mahatma gandhi ada cakap "you have to be change that you wish to see in the world" lebih kurang cenggitu la dia kata.. hahahah.
muzzo berkata…
Yep betui tu.. dalam Al Quran juga ada menyebut pada ayat pertamanya.."Bacalah Dengan Nama Allah.." Awal2 lagi dah suh membaca sebab dari membaca pasti akan mendapat ilmu..