Asset Inventory Using Open Source PART I

Kali ni aku akan ceritakan tentang satu software dipanggil OCS Inventory NG. Ini adalah perisian terbaik open source Asset Inventory setakat ni yang aku search. Sebenarnya aku saje cari-cari kat internet kot-kot ada software yang boleh search asset inventory semua PC dalam network kat Pejabat aku.

Aku tahu dan pernah guna software LANDesk. OK dari segi implementation dan strategi untuk collect information tapi mengslowkan PC yang amat sangat. Aku tahu juga di bawah Symantec pun ada software tentang perkara ni. Tapi semua ni perlu ada fulus nak guna dan perlu sentiasa renew lesen tiap tahun selain kalau nak tambah user lagi perlu beli lesen lagi...aiyakk...aku kena hindarkan dalam zaman-zaman sekarang ni. Perlu ada penjimatan..

So aku nampak solution terbaik ialah menggunakan OCSInventory NG. Software ni berfungsi untuk :
- Collect Inventori PC
- Deploy Software installation through server kepada PC
- Support Multiple OS (Microsoft Windows, Linux, *BSD, Sun Solaris, IBM AIX, HP-UX, MacOS X)
- Gunakan Web Admin Console
- Perlukan PHP, MySQL, Apache dan Perl untuk server setup

Ok seterusnya cara-cara nak install tu aku akan terangkan dalam artikel aku nanti. Aku dah berjaya setup server on Red Hat EL 5 dan collect inventory on Linux dan Windows XP SP3. So layarilah web ni dulu untuk fahami software ni : http://www.ocsinventory-ng.org/

~ Be a Creator Not a User ~
http://muzzotechspot.blogspot.com
http://muzzoshah.blogspot.com

Ulasan