Step to Setup Small LAN at Home

Pada masa kini keperluan komputer telah menjadi keperluan kepada isi rumah kita
dan sumber pengetahuan terbesar adalah menerusi internet. Namun pengetahuan yangdiperolehi perlulah dikawal dan ditapis agar ianya tidak akan menjadi anai-anai
kepada pemikiran anak-anak muda sekarang
Target kita sekarang untuk mewujudkan LAN di rumah denag capaian ke internet dengan membolehkan digunakan oleh Personal Komputer secara capaian kabel dan juga Notebook secara capaian wireless.

Cara untuk setup Small LAN di rumah ni memerlukan beberapa peralatan berikut :

1) Talian telefon berdaftar Streamyx
2) Modem router - dial kepada talian streamyx dan menghantar data dari LAN ke internet
3) Switch - Bagi tujuan sambungan komputer atau peralatan rangkaian yang banyak
4) Access Point - Alat untuk membolehkan sambungan secara wireless oleh Notebook
5) 3 Unit Kabel UTP RJ45 - untuk sambungan modem ke switch, switch ke PC dan switch ke Access Point
6) 1 unit kabel RJ11 -Kabel telefon untuk sambungan ke modem

Kita setup peralatan tersebut seperti gambarajah di bawah :

Kabel UTP tersebut perlulah dari jenis CAT 5e atau CAT 6. Bezanya Cat5e ni sesuai untuk IPV4 dan juga boleh digunakan untuk IPV6. Namun Cat6 ni mampu untuk menghantar data yang lebih besar seperti multimedia dan video conference. Kabel CAT5e ni lembut sikit tapi CAT6 lebih keras. CAT 5e boleh disambung sehingga 100m sahaja. Tapi CAT6 boleh dari tu lagi.

Untuk wujudkan DHCP tadi boleh follow artikel saya sebelum ni tentang DHCP Concept in Network.

Pada modem tetapkan ip modem dan gateway kepada 192.168.1.1. Setupkan DHCP enable di modem tersebut.

PC akan mendapat ip dalam range 192.168.1.2 - 192.168.1.99. Subnet Mask 255.255.255.0 dan gateway 192.168.1.1 serta DNS streamyx 202.188.0.133 dan 202.188.1.5 secara automatik.

Bagi sambungan rangkaian Wireless ni kita memerlukan untuk membuat konfigurasi pada Access Point (AP) tersebut. Tetapkan IP pada AP tersebut kepada 192.168.1.100.

Enablekan juga DHCP pada wireless kepada range 192.168.1.101 - 192.168.1.130

Notebook akan mendapat ip range ditetapkan tadi bersama Subnet Mask 255.255.255.0 dan gateway 192.168.1.1 serta DNS streamyx 202.188.0.133 dan 202.188.1.5 secara automatik.

Selain tu kita kena configure AP tersebut agar lebih secure agar jiran atau orang lain di luar tidak dapat menggunakan internet kita dengan percumanya..ehehhe...

Tetapkan key WEP, WPA atau WPA2 pada AP tersebut. key ni biasanya amat panjang dan susah untuk diingat. Disamping tu masukkan MAC Address Wireless Card notebook tu juga ke dalam senarai MAC Filtering. So kat sini kita ada 2 mangga kawalan untuk orang masuk ke network internet kita menerusi wireless.

Cara untuk dapatkan MAC Address tersebut adalah dengan menaip pada command :

> ipconfig /all

[Windows XP]

Atau boleh double klik ikon wireless dan lihat detail. Ambil no pada physical address. Jangan risau setiap notebook ada physical address berbeza. Kecuali hackers ni guna spoof MAC Address tu lain citer.

So selesai setup AP tu jangan lupa save.

Kita tak boleh ambil mudah yagn setting tu dah cukup kuat sebab bagi hackers yang expert ianya semua boleh dipecahkan...ehheee..so guna wireless network ni memang kena berhati-hati.

Itu sahaja yang dapat aku citer untuk cara nak setup network mudah di rumah. Semoga anda semua berjaya.

~ Be a Creator Not a User ~
http://muzzotechspot.blogspot.com
http://muzzoshah.blogspot.com

Ulasan