DHCP Concept in Network

Kali ni aku nak terangkan tentang konsep DHCP yang kita sedar atau tak
sedar telah dilaksanakan di dalam rangkaian yang sedang kita gunakan.

DHCP pada WAN



Untuk talian Streamyx atau 3G, sebenarnya kita telahpun gunakan konsep DHCP ni. Cuma ianya berlaku di peringkat Wide Area Netowrk (WAN). Tanpa kita sedari sebenarnya pada modem kita tu apabila kita dial manual atau auto dial ianya akan diberikan IP DHCP dari DHCP server di Streamyx. Begitu juga untuk penggunaan 3G.

Cuma aku perasan bila gunakan 3G Celcom ni aku akan dapat ip 10.xxx.xxx.xxx untuk ip WAN. Manakala IP Streamyx pula kita akan dapat ip bermacam tapi bukan bermula dengan 10.xxx.xxx.xxx tapi kekadang 58.xxx.xxx.xxx atau 208.xxx.xxx.xxx. Bergantung kepada range ip yang dibeli oleh Streamyx.



DHCP pada LAN



Bagi melaksanakan DHCP pada LAN kita memerlukan DHCP server. Untuk network kecil seperti menggunakan streamyx kebiasannya pada modem tu ada fungsi sebagai DHCP server. Selain tu jika tak setting pada modem, kianya juga boleh di setting di router (alat selepas modem). Router ini selain berfungsi untuk menghantar packet kepada rangkaian yang diinginkan ianya juga boleh berfungsi sebagai DHCP server. Ok aku tanak citer panjang pasal router sebab nak citer tentang tu banyak lagi leh aku citerkan.



So untuk setup dedicated DHCP server di LAN ni bagi pelaksanaan 1 subnet (VLAN) sahaja kita memerlukan peralatan server dan perisian DHCP Server. Bagi pengguna DHCP Server Windows kebiasaannya ianya dah ada dalam tu terus. So bila beli lesen windows server 2000 atau 2003 tu akan ada sekali fungsi DHCP Server. Cuma ianya by default tidak di enablekan. Kita perlu setup dan enablekannya. Cara-cara tu aku tak terangkan disini.



Manakala bagi solution lain pula boleh gunakan teknologi open source Linux OS Server. Dalam CentOS, Fedora, FreeBSD dan selainnya distro linux semua ada fungsi tu dan yang bestnya ianya semua percuma. Kalau nak setup tu aku masa memula setup OS tu terus pilih untuk jadikan server tu sebagai DHCP Server. Memang dah ada dalam bahagian pilihan applicaion disediakan dalam tu.



Apabila DHCP Server dah diwujudkan maka kita perlu setting IP di PC dalam LAN tu agar menggunakan Obtain IP Automatically seperti gambar di bawah ;


Network Properties > IP Protocol Properties




Sekarang anda dah pun ada LAN menggunakan DHCP.

Bagi pelaksanaan DHCP server multiple VLAN ni boleh dibuat cuma agak rumit sikit sebab melibatkan konfigurasi di switch layer 3 dan seterusnya di DHCP Server tu sendiri agar boleh route VLAN berkaitan ke destinasi sepatutnya. Jadi bab ni aku tak penah buat lagi. Mungkian akan difikirkan pada masa akan datang dan aku akan sharekan jangan risau.

~ Be a Creator Not a User ~
http://muzzotechspot.blogspot.com
http://muzzoshah.blogspot.com

Ulasan

ReaLSyLo berkata…
artikel yang bagus .....celcom broadband guna ip 10.x.x.x sebab tu ip internal network (under proxy) ...pengguna streamyx dapat public ip iaitu ip internet ...
muzzo berkata…
Yep betul, tu antara punca pengguna celcom takleh guna rapidshare sebab kebanyakan ip public celcom dah kena ban..