Diffences between Hub, Switch and Router

Kali ni aku nak share apa yang aku dapat dari kursus Symantec kt KL 16-20 Mac 2009. Lecturer aku ni from India tapi memang expert gile bab nework device dan protocol2 ni semua.

Tapi cuma kena amik masa sikit nak digest perkataan yang keluar dari mulutnya tu.

So kami ada bincang tentang perbezaan Hub, switch dan Router ni. Memula aku terang dari Hub dulu.

Hub (8port) :

- Sesuai untuk LAN yang kecil dan tak melibatkan banyak application dan packet yang running dalam network tu
- Konsep Hub adalah ianya akan broadcast packet yang dihantar melalui mana-mana port kepada mana-mana port yang ada kat hub tu.
- Terang bahasa pasarnya jika User A dan B dalam satu hub yang sama dan ingin berkomunikasi antara dedua tu, User A akan hantar packet lalu kat port dia dan hub akan broadcast kat semua port pada hub tu juga untuk cari user B ni. Jadi setiap kali User A hantar data, untuk sampai ke User B dia cuma akan dapat bandwidth 100MB / 8 port. Port 100MB tersebut bukanlah dedicated untuk User A tu sahaja.
- Apabila Hub berfungsi secara broadcast maka tentunya banyak collision IP berlaku dalam Hub tu sebab port masing-masing akan broadcast kepada port-port lain dalam network tu.
- Selain itu juga network connection juga akan jadi slow apabila guna hub
- Hub menggunakan half duplex yakni packet keluar dan masuk bukan pada masa yang sama

Switch (24 port) :

- Konsep switch pula adalah lebih kepada setiap port mempunyai speed yang telah dikhaskan untuknya. Jadi jika port speed 100MB maka user akan dapat bandwidth 100MB tu khusus.
- Manakala komunikasi antara port pula adalah secara single broadcast yakni specific port to port communication.
- Dalam switch ada collision tapi amat kurang. Jika ada collision tu mesti ada masalah pada port atau cable yang sambung ke port tu atau PC yang sambung ke port tu.
- Switch boleh berfungsi untuk broadcast data menerusi pelbagai network layer seperti layer 2, layer 3 dan layer 4
- Namun ada juga sesetengah switch menggunakan port mirroring yang merupakan kaedah lebih kurang macam hub yang broadcast data di hantar. Tetapi port mirroring bermaksud semua traffic dalam switch tersebut akan di hantar ke specific port dan disambungkan ke device lain untuk tujuan sniffing. Kebiasannya switch Cisco ada function ni. Brand lain pun ada cuma jarang jumpa.
- Switch menggunakan full duplex yakni packet keluar dan masuk adalah pada masa yang sama
- Bagi Switch Layer 2, lebih kepada cara packet di hantarke switch, disimpan (buffer cache) dan kemudiannya di hantar kepada penerima sepatutnya.
- Bagi switch Layer 3 pula lebih kurang fungsi seperti router dan ianya boleh create VLAN dan juga boleh menetapkan komunikasi diantara VLAN2 ID dalam switch yang sama. Cuma ianya tidak boleh berfungsi untuk menghubungkan diantara layer 3 dan layer 3 yang lain inter WAN.

Router :
- Router sebenarnya ada pelbagai jenis. Router untuk modem berbeza kerana fungsinya adalah kecil, router inter WAN pula lebih stabil dan banyak fungsinya.
- Kebiasaan apabila sebut router kita akan ingat Cisco sebab ianya memang nama besar dalam dunia router ni sejak dahulu lagi.
- Router pula berfungsi sebagai multiple broadcasting dan multiple collision sebab ianya menghubungkan inter pelbagai WAN.
- Router boleh menghubungkan inter LAN, WAN, MAN

- Router juga ada OS sendiri, Processor sendiri, Flash Memory, RAM dan NVRAM

Moga maklumat yang aku berikan mampu beri sedikit panduan pada semua...selamat ber network....

~ Be a Creator Not a User ~
http://muzzotechspot.blogspot.com
http://muzzoshah.blogspot.com

Ulasan

muzzo berkata…
Aiseh, sorry la ada error bila embedded comment dlm blog aku ni. Rasanya ni sebab tempalate aku pakai ni kot. So skang dah ok dah. Rajin-rajinlah komen yek.
info menarik tentang Hub dna switch.. bila nak turun iklan Nuffnang tu.. hehe. dia macam tak mahu keluarkan iklan jerk.