How to share internet connection via Bluetooth to another desktop or laptop

Kali ni aku nak kongsi pengalaman baru aku...aku pun masih belajar. Bukan Mr All Knows....hehhe..
Aku ada 2 notebook. satu guna Win XP(NBA) dan satu lagi Win XP(NBB).
NBA akan dijadikan induk untuk connect ke internet menggunakan 3G Celcom dan NBB akan share melalui bluetooth untuk guna internet.

Aku rujuk nota skit dari geekzone thanx to Mr Freitas. Aku tambah-tambah dan ubah-ubah sikit ikut pengalaman aku.

Sila ikut step berikut :

1) Pastikan kedua-dua NB ada bluetooth enabled
2) Pastikan NBA ada internet connection
3) Daripada NBB create Bluetooth LAN Access Network dengan cara right click pada ikon bluetooth dan pilih connect to > Lan Access Network
4) Pairkan dengan NBA
5) Apabila berjaya pairkan tadi, ubahkan IP untuk Bluetooth LAN Accen Network di NBB (192.168.0.2) dan NBA (192.168.0.1)
6) Setelah itu muat turun proxy server 'ccproxy' dan seterusnya install di NBA
7) Runkan ccproxy tersebut seterusnya minimize ke system tray. Peringatan bahawa versi yang dimuatturun tu cuma demo version yang boleh digunakan sepenuhnya tetapi cuma 3 client sahaja pada satu masa boleh akses ke proxy NBA tersebut.
8) Di NBB pula jika ingin akses ke internet menerusi NBA perlulah setting proxy pada IE anda. Caranya pi kat Tools > Internet Options > Connections > LAN Settings > Tandakan bahagian proxy server dan masukkan IP 192.168.0.1 di ruangan address dan seterusnya port pula 808.

9) Kemudian anda boleh mengakses kepada Internet pada NBB menggunakan NBA

* Cuma kena ingat penggunaan Bluetooth cuma berkesan untuk jarak 10 meter sahaja.


Selamat Mencuba


~ Be a Creator Not a User ~
http://muzzotechspot.blogspot.com
http://muzzoshah.blogspot.com

Ulasan