Get Rid of " This page contains both secure and nonsecure items" warning

Kali ni aku nak terangkan cara nak hilangkan warning tu. Aku jumpa warning ni apabila user eSPKB guna sistem mereka atas IE 6. Jadi apabila keluar warning ni akan ada option yes/no.
Jika user pilih yes ok boleh teruskan. Jika dia pilih no, jadi authentication kad eSPKB tu dah invalid. Memacam la keluar error dan sistem kena login semula. IE hang. Jadi user kena tutup IE dan buka IE baru dan masuk semula sistem.

So cara nak setelkan masalah ni :

1) Pada IE, pergi ke Tools, Internet Options dan klik Security Tab. Pastikan pada window "Select a zone...", Internet di pilih.
2) Klik Custom Level dan skroll ke bawah dekat separuh ke " Display mixed content" dalam Seksyen Miscellaneous
3) Tukar daripada Prompt kepada Enable
4) Klik OK, Yes dan OK. Masalah keluar warning tu dah tak terjadi.

Untuk IE 7 juga boleh buat kaedah sama. Tapi hasil pemantauan, untuk user guna IE7 takde masalah keluar warning ni. Mungkin IE baru dah reti nak faham maksud kena guna sebahagian secure dan non secure page tu...ehehhee..

Selamat mencuba..

~ Be a Creator Not a User ~
http://muzzotechspot.blogspot.com
http://muzzoshah.blogspot.com

Ulasan