Yahoo Messenger 81003005 Error

Aku alami masalah ni kat Notebook Vista aku ni. Baru install je Yahoo Messenger 9 baru tu sekali tak boleh nak login ke YM le pulok. Asyik2 keluar error je.
Cari punye cari aku terjumpa artikel ni yang terang solutionnya disini.
Cara-cara penyelesaiannya adalah seperti berikut :
Solusi 1 :
Disable penggunaan proxy pada IE. Ini kerana YM dan IE memang saling berkait terutama versi 9 ni. Sekiranya kita pilih direct connection ke internet tapi di setting proxy IE ada tetapkan maka sebenarnya YM akan gunakan setup proxy di IE tersebut juga...
1. Buka Internet Explorer
2. Pi ke Tools > Internet Options kemudian klik the Connections tab
3.Klik LAN Settings button dan sebuah dialog box akan terbuka
4. Pada new dialog box tersebut, lihat pada Proxy server checkbox, sekiranya ia bertanda maka buangkan tanda rait tu. Tapi semak juga sebelum untick pada kotak Proxy server tersebut, sila pastikan kotak Address dan Port tersebut juga kosong. Kadangkala dalam Vista ni bila dah clear kotak Port tu (ada port 80) tapi bila buka semula ada semula. Yang tu tak dapek nolongnya...
5. Apabila selesai, klik OK button pada dialog box tersebut.
6. Cuba logging in ke Yahoo Messenger anda.
Solusi 2 :
Sekiranya cara pertama tak berjaya, cuba semak DNS PC/Notebook tersebut.
Network Properties >> General Tab >> TCP/IP Properties >> General Tab > DNS Server address (pastikan ada value)
Ada sesetengah pejabat perlu setting DNS secara manual jadi anda perlu pastikan IP DNS anda adalah sah. Dapatkan pertolongan daripada IT MAN.
Solusi 3 :
Jika solusi 2 tak berjaya jugak...ginilah..
Masalah ni sebenarnya berlaku pada YM 9 aje...versi YM 8 dulu takde masalah gini pun. So nak mudah, uninstall versi YM9 dan install versi YM 8. Setel masalah..
Cuma nak dapatkan versi YM8 ni susah la sikit...kena search sendiri la dari internet.

Selamat Mencuba...
~ Be a Creator Not a User ~
http://muzzotechspot.blogspot.com
http://muzzoshah.blogspot.com/

Ulasan