Where is my attachment saved in when open using Internet Explorer and why i cannot open my attachment ?!!!

Itulah antara kebiasaan persoalan yang diterima daripada pengguna internet ni. Ok sekarang ni aku akan terangkan situasi tersebut ada 2 situasi.

Pengadu call Situasi 1 :

Ni tadi aku buka file attachment dari emel pahang ni guna Internet Explorer, Dah la lambat nak buka, macam line down je slow giler...apelaa pahangnet ni...lepas tunggu lama nak buka file tu aku ubah la apa yang patut dalam tu dan aku terus save dan tutup. Kemudian puas aku carik kat mana fail tu tadi disimpan. Tolongla encik, fail tu penting tu tuan DO nak cepat....

IT MAN yang budiman :

Aku terima masalah ni seadanya. Tapi tengok la kebiasaannya tabiat pengadu ni sesetengahnya tu kasik maki dulu line slow la, pc slow la, dan sebagainyalah...pastu bile terdesak baru la mintak tolong bebaik. Memacam alasan la boss nak cepat...hehehe...tapi IT MAN biasanya penyabar orangnya sebab orang IT ni nak selesaikan sesatu masalah ia akan guna bermacam kaedah semakan dan kaedah pembaikan dan biasanya memang orang IT ni detail kerjanya....hehehe membebel lak aku...

Caranya...

Kita biasa menerima emel yang mempunyai attachment bersamanya. Jadi kebiasaan aku tengok pengguna internet ni mereka suka klik link attachment tu dan terus klik 'Open'. Jadinya attachment tersebut akan terus terbuka seterusnya di simpan ke dalam satu folder temporary di dalamPC anda yang kebiasaannya anda tak akan tahu di mana ianya disimpan. Sebab tu la dikatakan yang attachment tersebut hilang apabila lupa save di tempat lain.

Dalam IE7 pergi ke menu Tools > Internet Options > General > Browser Setting > Settings > View Files

WINDOWS XP INTERNET EXPLORER 7

Dalam tu disimpan semua fail-fail yang diakses oleh pengguna internet menggunakan Internet Explorer. So dalam tu cuba sortkan by file type dan carilah jenis fail yang anda inginkan yang terhilang tetiba tu kat situ. Cuma anda kena ingat bahawasanya nama fail yang dipaparkan tu tak akan sama sebijik macam yang nama fail sebenar fail tersebut. Biasanya namanya akan panjang skit dan ikut cara ianya disimpan oleh sistem webmel horde tersebut. So bila dah jumpa file tu copy dan paste kat tempat lain. InsyaAllah kebiasaannya ada jumpe fail tu semula disitu.

Pengajaran disini :

Janganlah terus klik 'Open' apabila klik download attachment tersebut. Seeloknya klik 'Save' sebab kita tau kita save kat memana sebelum edit file tu.

Pengadu call Situasi 2 :

Apesal bila klik download attachment dari emel Pahang ni bila aku buka je (klik 'Open') keluar error apa tah. Ada virus ke PC aku ni? Pastu kalau aku boleh buka file tu terus dari link attachment tu lama sangat nak bukanya file tu...slow ke internet PahangNet ni...teruk tui..

IT MAN yang budiman :

Hermmm...tengok tu tak ingat punye balun...huhu...

Dalam kes gini untuk kes yang tak boleh buka attachment tu sebenarnya disebabkan oleh plugin untuk buka jenis file tersebut tidak diinstall pada IE/Firefox yang digunakan. Ni macam kes buka website yang ada flash la, nak tengok imej flash tu kena install plugin dia dulu kan. Jadi kes ni sama la. Keluar error tu disebabkan plugin tu tak diinstall pada IE/Firefox atau memang takde untuknya paparan terus dari IE/Firefox.

Software yang biasa ada plugin untuk IE apabila install :

1) Micrsoft Office
2) Adobe Acrobat Reader
3) Foxit Reader
4) Flash
5) Shockwave
6) Quicktime
7) Windows Media Player
.....

kebiasaannya IE/Firefox memang ada preinstall viewer untuk yang asas seperti viewer image dan viewer windows media player...

Untuk isu kedua pula, kes slow buka file attachment tu...kalau dah file tu saiz besau sampai 4MB -10MB memang la slow nak bukak sebab file tu nak kena download dulu. Ianya bergantung kepada speed download tu, jika offpeak hour berdesup la launya, bila time peak hour memang la slow skit sebab berkongsi dengan orang lain dan pelbagai sistem lain di pejabat. Kena tolak ansur la skit. Cuma langkah selamat tu sepatutnya janganlah terus 'Open' bila download attachment tersebut, cuba 'Save' dulu. Sekurangnya kita tau bila file tu siap di download dan kita pon boleh jangka bila nak buka file tu nanti.

Bagi masalah pengguna emel pahang pula, kebiasaannya jarang berlaku masalah slow nak buka attachment, kalau download dari emel luar macam yahoo dan gmail tu memang tak dapat nak nolong la sebab tu bergantung kepada network mereka. Masalah slow tu ada banyak sebab antaranya PC ada virus, spyware, trojan dan terlalu banyak software diinstall menyebabkan PC slow.


~ Be a Creator Not a User ~
http://muzzotechspot.blogspot.com
http://muzzoshah.blogspot.com

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
ayat paling best kalau pengadu suka sangat mempertikaikan line internet atau pc slow : "PC nie kadang2 ikut tuan" sound care slow lagi sopan bunyinya hahaha
muzzo berkata…
ahaks...aku suke gak guna ayat tu. Dengan boss aku guna gak tapi jenis yg ok je la.ehehe..