Trim Spaces for Microsoft® Excel®

Dalam pada guna Open Office tu adalah orang tersayang aku ni menanya cemana nak buang space pada cell dalam MS Excel 2003. Space tu ada disebabkan oleh dia copy table dari web dan paste ke dalam MS Excel 2003. Jadi bila nak calculate total value dari table yang di copy tu tak bolehla sebab ada space. MS Excel tak paham cemana nak kira sebab ada space tu. So nak dijadikan cerita kalau nak buang space tu manually memang jenoh la weh setiap cell nak buat...huhu..
Jadi aku pun mencarilah solusi untuk masalah tersebut. IT MAN kan ada...hehehe.

Cara-cara nak gunakannya tu anda kena download dulu fail installer Trim Spaces for Excel.

Lepas tu install software tu dan pastikan semasa install, MS Office tidak di buka.

Seterusnya bila dah install, buka MS Excel 2003 tu. Anda akan dapati ada Menu AbleBits.com.

Cara nak trim space tu..

1) Highlight semua cell yang nak trim spaces tu
2) Klik Menu AbleBits.com dan pilih Trim Spaces

3) Kemudian klik Run dan akan dapat resultnya...







Untuk solusi bagi Open Office Calc pun ada juga...cuba semak di website berikut ada dibincangkan tentang perkara tersebut :

~ Be a Creator Not a User ~
http://muzzotechspot.blogspot.com
http://muzzoshah.blogspot.com

Ulasan