Speed up Bit Torrent in Windows Vista

Aku tulis artikel ni disebabkan aku baru saje menjadi pengguna Windows Vista ni. Al maklum tukar notebook dapat yang versi Windows Vista punye. Aku terima sebagai cabaran aku. Ikut ati maleh nak guna vista ni sebab aku dah dengar banyak cite pasal versi Microsoft Windows Vista ni adalah versi paling teruk Microsoft pernah bangunkan. Sebab tu kebanyakan PC masih gunakan versi Windows XP sampai la ni dan ianya akan terus digunakan sehingga keluarnya Windows Seven (7) seperti yang diwar-warkan oleh Microsoft. Microsoft sendiri akui yang versi Vista ni paling teruk yang mereka pernah buat. Kelemahannya :

1) Banyak makan space hard disk
2) Banyak makan space RAM
3) Banyak sistem application susah nak adapt framework vista, kebanyakannya tak compatible
4) Banyak belanja nak guna Vista ni sebab kena fikir upgrade PC tersebut terhadap minimum requirement

Tu je la yang aku rasa kelemahan yang dikenalpasti dari pengalaman dan dari pengguna Vista ni.
Dari segi GUI memang comei tapi gile-gile kena high spec PC nak guna Vista.

Sudah la aku membebel pasal Vista ni sebab aku pun kena guna gak ni untuk Notebook 12" tu...

So aku ni suke download cerita dan software gunakan torrent kat umah. Jadi bagi pengguna XP memang apabila download lebih laju berbanding Vista. Memang di akui banyak perbezaan tu. So aku jumpa cara nak tambahkan kelajuan Download torrent file pada Windows Vista iaitu :

1. Klik pada Start menu dan taip cmd dalam kotak search. Tapi JANGAN terus tekan Enter lepas taip cmd. Klik Control+Shift key, dan tekant Enter semasa klik keduanya tadi. Ini akan membuka command prompt dengan privileges yang dibenarkan.

2 Pada command prompt, taip netsh int tcp set global autotuninglevel=disable dan seterusnya tekan enter. Ia akan memberi respon line Ok. Tapi jika ada keluar error macam ni : "Set global command failed on IPv4 The requested operation requires elevation" klik start menu > programs > accessories > Command Prompt (Right klik dan pilih run as administrator)

3. Cembiasa Windows kang, so lepas buat semua tu reboot la PC anda untuk memberi kesannya.

Tapi jika apa-apa kejadian memburukkan berlaku jika anda lakukan command tersebut, sila taip pada command prompt "netsh int tcp set global autotuninglevel=normal" untuk mengembalikannya ke asal.

Selamat mencuba dan selamat bertorrent dengan selamat...

~ Be a Creator Not a User ~
http://muzzotechspot.blogspot.com
http://muzzoshah.blogspot.com

Ulasan