Setup Default Theme in Horde 3.1.9

Lama seh aku tak berblog ni..hehehe...bz sikit kebelakangan ni. Alhamdulillah En Haris pun dah selamat sampai dari Mekah...ops...Haji Haris...So tanggungan kerja aku pun dah expired..Leh aku konsentret kat keje bahagian Operasi aku ni..

Aku nak kongsi cara nak setup default theme dalam Horde. Bagi sesiapa yang pakai emel horde leh la cuba cara ni. Mungkin masing-masing ada buat theme yang khusus untuk jabatan masing-masing jadi apabila create user baru maka automatik akan set default kepada theme yang diinginkan..Tapi kena ingat yang ianya hanya diuji untuk versi Horde 3.1.9 sahaja. Versi ke atas mungkin berbeza sikit..

Jika pada setup horde anda (pakai default) cuba pi kat folder ni.
/usr/share/horde/config

Dalam ni adalah semua file konfigurasi utama untuk Horde.
So jika nak ubah setup default theme dan juga konfigurasi lain tu leh la open file ni prefs.php
taip ># nano prefs.php
Kemudian search pada perkataan berikut :
// UI theme

Kat dalam tu anda akan nampak barisan config seperti berikut :

// UI theme
$_prefs['theme'] = array(
'value' => 'bluewhite',
'locked' => false,
'shared' => true,
'type' => 'select',
'desc' => _("Select your color scheme.")
);

Secara default apabila install Horde anda akan dapat lihat defaultnya adalah bluewhite. Jika ingin tukar kepada theme baru yang comei selain theme sedia ada Horde yang cuma tukar warna guna css sahaja kebanyakannnya adalah theme WPS_Sober yang boleh di muat turun disini :
Download
Jadi jika nak tukar kepada theme tersebut tukar sahaja di bahagian berikut :
'value' => 'wps_sober',

Save dan seterusnya setiap pengguna baru akan menggunakan theme standard tersebut kecuali user sendiri tukar theme ikut yang beliau berkenan di hati.

----------------------------------------------------------------------------------------------
** Pastikan nama value tersebut adalah sama dengan nama folder theme anda di dalam /usr/share/horde/themes
** Jika nak tukar paparan nama theme tersebut di dalam senarai list pilihan theme sila tukar pada file berikut, cth (wps_sober) :
/usr/share/horde/themes/wps_sober/info.php
Tukar pada line berikut :
$theme_name = _("wps_sober"); KEPADA $theme_name = _("ayam");
----------------------------------------------------------------------------------------------

Dalam fail prefs.php tu juge kita boleh tetapkan default configuration bagi setiap modul di dalam Horde kepada default value yang kita inginkan agar nanti apabila user baru di wujudkan tak perlu lagi kita kena setupkan configuration tersebut secara manual dahulu sebelum digunakan oleh user tersebut.



~ Be a Creator Not a User ~
http://muzzotechspot.blogspot.com
http://muzzoshah.blogspot.com

Ulasan