Resource file C_PsdRsDll not found!, Resource file c_SpURsDll not found!

Sejak semalam aku dapat error message bertubi-tubi iaitu :

1) Resource file not found!
2) Resource file not found!

So setiap kalu aku restart PC aje pasti mesej error ni akan keluar. Puas aku mencari puncenye..
Hasil selongkaran internet aku dapati software tersebut berpunca daripada PC HP yang ada embedded security software namanye HP Protect Tools. Aiyakkk kenapa lak tetiba jadik gini...
Kita flash back...

Sebelum tu aku ada install Registry Mechanic untuk clean registry aku sebab sebelum ni PC-PC aku guna software tu takde masalah dan PC jadi bertambah laju sebab ianya akan compact registry anda dan akan semak senarai registry dan buang memana registry yang difikirkan tidak digunakan lagi atau registry tertinggal selepas kita asyik duk install dan uninstall software.

So aku pun run software tu, rasanye selepas aku guna software tu PC HP dc7800 aku jadik keluar mesej bertubi tu. adoiyaiiii...aku baru ingat nak clone nak bagi org lain amik default setup untuk clone kat pc lain yang mereka baru dapat. Sama model...

So, aku rasa registry mechanic aku telah mendelete file registry yang tak sepatutnya la masa duk membersih tu. huhu...
masalahnya sekarang ni...aku nak guna software HP Protect Tools dan Registry Mechanic ni jugak...cemana..

Kaedah penyelesaian masalah ni yang aku dapat cari :

Kaedah 1 :
Uninstall je software HP Protect Tool Security Manager tu senang dan mudah...huhu
cikai dan mudah citer punye cara...

Kaedah 2 :
Restore semula registry yang ada buat backup sebelum run clean registry mechanic tu atau system restore Windows.

Kaedah 3 :
Tidak perlu uninstall HP Protect Tools dan tak perlu buang Registry Mechanic.
1. Start => Run => regedit => Tekan Enter
2. Pi kat -HKEY_LOCAL_MACHINE\Software\Infenion\TPM Software
3. Right klik pada TPM Software dan pilih New. Masukkan a new string value named "C_SpURsDll" dengan contents "C:\Program Files\Hewlett-Packard\Embedded Security Software\IfxSpURs%s.dll" (both without the " ").
3. Right klik pada TPM Software dan pilih New. Masukkan a new string value named "C_PsdRsDll" dengan contents "C:\Program Files\Hewlett-Packard\Embedded Security Software\PsdRs%s.dll" (both without the " ").
4. Restart PC dan selepas PC restart, credential manager akan berfungsi seperti biasa.

















Masukkan kedua-dua path tersebut dalam Options > Ignore List > Values
Add kan kedua-dua path tersebut dan klik save.


Kaedah 4 :

Reinstall semula HP Protect Tools tersebut dengan klik Change dalam Add/Remove Program tu.
Pastikan 'c : /swsetup' ada isi.
Jika tidak muat turun software disini


Semoga berjaya.

~ Be a Creator Not a User ~
http://muzzotechspot.blogspot.com
http://muzzoshah.blogspot.com

Ulasan