How to Disable Internet Access to PC

Semalam aku ada ditanyakan tentang cara-cara nak disable PC dalam LAN daripada menggunakan Internet. Ada beberapa cara yang aku biasa gunakan dan yang aku perolehi dari internet.

Kes 1 :
Ada mamat kat Ofis ni guna PC untuk buat kerja, printernya di share kepada orang lain dan dia juga ada guna share printer orang lain. Selain tu mamat ni juga gunakan share folder untuk sahre file dengan rakan lain dalam pejabat. Tapinya....mamat ni ada side effect ngan internet, ketagih tengok site2 tak berkenaan dengan kerja sampai kerja hakikinya diabaikan. Boss suh IT MAN tolong disablekan PCnye daripada guna Internet. Mamat ni tak la la tau sangat cara nak guna PC ni, dia tau gi buka Internet Explorer dan layari Internet aje.

Solusinya :
IT MAN sentiasa datang membantu menyelamatkan keadaan...

Kaedahnya ialah -

1) Double klik Local Area Network ikon dan pilih properties seterusnya select 'Internet Protocol(TCP/IP)' dan klik properties. Jika PC di konfigurasi mendapatkan IP daripada DHCP yang mana setting dalam properties tu 'Obtain an IP Address Automatically' maka cara ni tak boleh digunakan sebab takut nanti IP yang di setkan tu clash dengan PC lain pulak bila on next time kecuali setting DHCP Range dibuat dan IP PC manual ni adalah diluar range IP DHCP tersebut... ok panjang pulak citer IP ni....huhu...
So pointnya jika kita dah setkan IP Manual, masukkan IP Address/Subnet Mask/Default Gateway. Cuma tinggalkan kosong ruangan Preferred DNS Server.

So apabila dia nk guna share printer orang lain gateway tu ada so no problem. Cuma bila dia cuba nak akses internet, Internet Explorer/Firefox akan cuba cari nama domain URL yang dimasukkan melalui DNS Server yang kita setkan. Jika situ kosongkan maka user tu takleh kemana-mana lah...

2) Cara seterusnya pula, pada Internet Explorer > Tools > Internet Option > Connection > LAN Setting > tandakan pada check box Use a Proxy Server... Kemudian masukkan Address dan Port tu apa-apa ajelah yang anda suka. Kira masukkan address yang tak pernah wujud dan port tah ape-ape aje... Jadinya bila user try akses internet gunakan Internet Explorer tu ia akan automatic cari melalui proxy server yang kita setkan tadi. Tapi kalau kita dah setkan proxy server mengarut, jadi asyik tak jumpe je la dan user frust tak dapek masuk internet...sian..

3) Cara lain, semak konfigurasi router Network anda (network LAN Streamyx). Jika router ada function boleh blok IP Address dari akses ke internet jadi leh la masukkan IP user tu kat dalam tu. Tapi kaedah ni melibatkan spesifikasi router anda. Ada yang punyai konfigurasi tersebut dan ada yang takde...nasib le labi..

4) Alternatif seterusnya pi buka 'add and remove programs' dari dalam Control Panel-> Add/remove windows components-> Networking services-> dan seterusnya uncheck Internet Gateway Device discovery and control client. Pastinya tindakan anda ini telah menyebabkan PC user tu merana tak dapek internet langsung sebab terus remove utiliti windows yang membolehkan akses ke internet...huwaaa.....

5) Seterusnya jika dah buat semua tu, untuk elakkan user tu pepandai tukau IP Address dan install mende-mende mengarut serta ubah konfigurasi utama windows tu yang mungkin menyebabkan gangguan pada PC tersebut seterusnya dapat kurangkan masalah penyelenggaraan teknikal PC tersebut daripada masalah virus/spyware/trojan dsb..

Jika user windows yang digunakan adalah dalam group Administrator, removekan. Caranya right klik pada ikon my computer dan pilih manage. Pilih System Tools > Local Users and Groups > Users. Right klik user dan pilih properties. Pilih TAB 'Member of' dan klik 'Add' klik 'Advanced' klik 'Find Now' dan select Administrator pada box bawah dan seterusnya klik 'OK' 3 kali. So user tu telah berada di dalam mode limited access dalam Windows.

---------------------------------------

Jadi anda bolehla mencuba cara tersebut jika ingin dilaksanakan di tempat anda. Tapi cara ni sesuai untuk blok jumlah PC yang sedikit sahaja dan LAN yang kecil. Jika melibatkan Network yang besau dan banyak subnet dan banyak PC nak di blok Internet, toksah ler guna cara ni. Wat susoh je dan memenatkan. Jika tempat anda guna Domain Controller nak blok lagik mudah sebab memang ada function tu.
Selain tu kalau blok di DHCP server pun boleh juga. Base on MAC Address PC tersebut. Cumanya bila blok kat DHCP PC tu takleh akses internet dan juga PC lain dalam LAN sebab dah blok dapatkan IP.

Anda kena ingat kesan jika blok Internet.
1) Antivirus free kebanyakan update pattern baru guna internet
2) Update Windows Patch guna internet
3) Update patch software freeware juga guna internet

Bila PC di blok dari internet, perlulah buat kawalan juga dari segi penggunaan Thumb Drive/Pen Drive sebab dari situ amat mudah virus / spyware / trojan di transfer ke PC user. Lagi teruk PC tu kena sebab Antivirus tak update.

Jadi anda kena fikirkan jauh ke depan jika nak blok PC tu akses internet terus. Banyak kesusahannya dari kebaikan bagi aku. Lebih elok gunakan Web Content Filtering (MySurfGuard) untuk filter apa yang user boleh akses. Lagipun ianya turut menutup pintu pembelajaran dan kecelikan ICT kepada pengguna tu...besau la jadiknya Digital Divide beb..

Fikir-fikirkanlah...

~ Be a Creator Not a User ~
http://muzzotechspot.blogspot.com
http://muzzoshah.blogspot.com

Ulasan