Check Vulnerability Windows

Kita sedia maklum hampir 90% pengguna desktop menggunakan Windows sebagai OS utama dan
selebihnya menggunakan alternatif Linux dan sebagainya.

Windows berkembang sejak dari zaman Windows 3.1 kepada Windows 95 kepada Windows 98
kepada Windows ME kepada Windows XP dan seterusnya versi paling banyak dikritik iaitu
Windows Vista.

Bagi memastikan PC pengguna Windows selamat, mereka perlu sentiasa update patch sepanjang
masa bagi mengemaskini sebarang patch terbaru daripada Microsoft bagi memastikan PC
pengguna adalah selamat.

Kat sini aku nak terangkan tentang kaedah yang boleh digunakan untuk update patch pada PC
anda.

Kaedah 1 :

- Kita gunakan konfigurasi Automatic Update yang tersedia dalam windows.
- Yang ni akan update patch bagi Windows dan Perisian Microsoft lain
- Caranya right klik pada ikon My Computer di Desktop dan pilih properties, kemudian
pilih tab Automatic Updates dan pilih radio button Automatic dan tetapkan masa update
pada masa yang anda inginkan. (Jangan tetapkan yang default jam 3 pagi)
- PC anda telah automatic update patch sepanjang masa, tapi ianya kadangkala perlu di
buat manual sebab trafik rangkaian semasa update tidak menentu. Kalau slow maka tak
update juga patch tersebut.

Kaedah 2 :
- Klik pada link start menu ' Windows Update' ianya cuma update Windows Patch sahaja.
- Klik pada link start menu 'Microsoft Update' ianya cuma update Perisian Microsoft lain.
- Pada laman web tersebut akan diminta untuk install ActiveX, cuma benarkan sahaja
install.
- Peringatan ianya hanya boleh dibuat menggunakan Internet Explorer browser SAHAJA. Kalau
guna yang lain akan ada masalah nak install ActiveX untuk run update tu. Jahat tui bill...

Kaedah 3 :
- Gunakan software Windows Vulnerability Scanner 1.29
- Boleh muat turun di sini
- Software ni akan analisa PC anda dan kenalpasti semua Patch Windows dan Perisian
Microsoft yang tidak di patch terkini.
- Ianya akan paparkan jenis patch, no KB dan juga link untuk download patch tersebut.
- Tindakan update patch perlu di buat secara manual

Kaedah 4 :
- Gunakan software Microsoft Baseline Security Analyzer
- Boleh muat turun di sini
- Software tersebut akan menganalisa PC anda semua security patch untuk Windows dan
Perisian Microsoft lain dan mencadangkan kaedah untuk selesaikan dengan terus
mengeluarkan link untuk download patch tersebut secara berasingan dan install secara
manual
- Perisian ni pun memang di buat oleh Microsoft

Kaedah 5 :
- Gunakan software Auto Patcher
- Boleh muat turun di sini
- Perisian ini akan memuat turun semua security patch Windows sehingga terkini. Ianya akan kumpulkan juga patch untuk perisian Microsoft juga cuma kena pilih sahaja.
- Selain tu boleh download file extra add on untuk windows bagi install di PC anda.
- Dalam file tersebut juga ada termasuk Adobe Acrobat Reader installer juga selain DirectX, .Net Framework dan sebagainya.

So anda ada 6 pilihan untuk memastikan PC Windows anda selamat dari sebarang vulnerable Windows dan Perisian Microsoft.

Selamat mencuba

~ Be a Creator Not a User ~
http://muzzotechspot.blogspot.com
http://muzzoshah.blogspot.com

Ulasan