Automated Deployment Software for Windows

WPKG ialah sebuah perisian Open Source yang berfungsi untuk menjalankan penghantaran software kepada PC secara automatik, upgrade software dan remove software daripada windows. Wow menarik kan...ahaks..

Aku memang mencari software ni sebab aku pernah dulu masa kerja swasta involve dengan projek software seperti ni tapi menggunakan teknologi Novell. Tapi di tempat client tu dia setupa domain controller, boleh setkan polisi untuk setiap user dan juga jadikan novell sebagai software untuk software deployment. Memang cantik solution tu tapinye mak aiiii mahal tu.

Selain tu ianya juga mampu untuk menarik dan menghantar pakej software seperti Servis Pack, Hotfix atau installer daripada server utama ( Seperti Samba atau Active Directory) kepada beberapa PC dalam LAN.

Ianya berfungsi seperti agent di dalam PC user dan di install sebagai servis dalam PC. Jadi pengguna PC tak akan sedar yang PC nye sedang dibuat instalasi Software baru. Ahaks best part ni kan...

Software ini boleh install jenis MSI, InstallShield, PackagefortheWeb, Inno Setup, Nullsoft atau perisian lain atau lebih senang .exe pakej, .bat dan skrip .cmd dan sewaktu dengannya.


Sekilas Pandang :

Ianya berfungsi juga untuk menjalankan skrip yang di custom sendiri pada setiap PC yang nak deploy software seperti sync time, setting printer, tukar permission atau tambah registry (Perkara yang anda biasa buat dalam Active Directory dan Group Policy / GPO).

Berikut adalah senarai apa yang WPKG boleh buat beb :

  • Instalasi melalui talian terus kepada PC pengguna secara automatik sepenuhnya untuk Windows

  • Hantar dan install software dalam banyak format - MSI, EXE, etc.

  • Hantar dan install software kepada pelbagai kumpulan komputer atau satu PC sahaja

  • Mudah untuk install, upgrade dan remove software

  • Sama dengan konsep "pull" psexec

  • Boleh menjalankan custom skrip untuk set printer, sync time, tetapkan permission, tambah registry dan ubah setting Windows lain, etc

  • Pengurusan / Admin kepada semua PC dalam talian

  • Boleh berfungsi dalam domain, workgroup atau menerusi Internet atau VPN (tiada domain controller diperlukan)

  • WPKG berfungsi untuk Linux (Samba), Windows servers, atau selain OS yang support Windows Network Neighbourhood

  • WPKG berfungsi pada Windows 2000, XP Pro/Home, 2003 dan pengguna Vista, tetapi juga 9x and Me (untuk fungsi tertentu sahaja)

  • Simpanan dan penggunaan resource pada PC pengguna yang amat minima (memang nature software OSS sememangnya jimat space dan resource)

  • Simpanan dan penggunaan resource pada server yang amat minima (memang nature software OSS sememangnya jimat space dan resource)

  • Memantau inventori software yang diinstall pada PC Pengguna Windows

  • Web Interface yang menarik

Antara Nota daripada Wiki WPKG :


Screenshot WPKG :

Gambar menunjukkan salah satu contoh konfigurasi instalasi WPKG Client

Gambar menunjukkan WPKG sedang menjalankan kerja mengambil file dari server untuk diinstall atau menerima file tersebut setelah di push dari server

Gambar ini menunjukkan software sedang di install dan ianya akan diinstall sehingga habis dan pengguna takkan sedar


WPKG is open source software. Kalau nak tanya apa maksud WPKG tu aku pun tak tau dan creator WPKG pun tak citer. Berahsia sunggoh. Tapi yang penting ingat auto software deployment ingat wpkg, walau tak komersil...hehe..

http://wpkg.org/

~ Be a Creator Not a User ~
http://muzzotechspot.blogspot.com
http://muzzoshah.blogspot.com

Ulasan