Permulaan era Fedora Core 9

Hari ni hari panas di bilik server, power trip jam 10 mlm tadi abis semua alat dalam bilik server down. Aircond bilik server lak kena on manual, jadiknya berpanas le dalam bilik server pagi ni tadi bila sampai.

Mujur apa yang aku download semalam sempat siap yakni file iso fedora core 9. Setelah semalam aku berhempas pulas nak install squid atas centos 5.2 secara manual tapi masih tak berjaya. Last choice aku tengok dalam fedora core 9 dah ada squid 3, so aku download je la semalam dan harapan siap file tu.

tengahari tadi burn dalam dvd dan hari ni aku install pada server yang aku nak install squid + dansguardian.

Harap-harap semuanya menjadi arini.


~ Be a Creator Not a User ~

Ulasan