Perintis Web Content Filtering versi PahangNet

Hari ni bermula pagi tadi aku dah duk bertapa dalam bilik server. Semalam aku tinggalkan server tu untuk install squid 3 release 2.

# yum install squid

then pagi ni aku tengok dah setel install, cuba start squid ok berjaya. Seterusnya aku teruskan misi untuk install dansguardian pulak. Aku dapat rpm daripada site ni. tenkiu bro for the rpm.

ftp://etron3.savs.hcc.edu.tw/f9/dansguardian/
download rpm dan install
# rpm -ivh dansguardian-2.10-1.fc9.i386.rpm

Kemudian kena tukar ni ikut arahan pembuat rpm seperti di bawah :
(/etc/dansguardian/dansguardian.conf)

languagedir = '/share/dansguardian/dansguardian/languages' change to
languagedir = '/etc/dansguardian/dansguardian/languages'

custombannedimagefile = '/share/dansguardian/transparent1x1.gif' change to
custombannedimagefile = '/etc/dansguardian/transparent1x1.gif'

pastu aku pun start dansguardian dan squid

# /etc/init.d/squid start
# /etc/init.d/dansguardian start

Tapi bila start dansguardian failed. Adusss fening aku di buatnya. Dalam pukul 11 pg gitu masih kantoi lagi takde solution. Aiyakk boss lak panggil suh ikut pi Dewan dengar MB bentang bajet. Saya yang menurut perintah la..hehehe...

sambunga le lepas solat jumaat ni kang. Hopefully ada idea lepas ni.

Lepas solat jumaat aku terus je mengadap semula.
Ok ikut en din kita leh tengok error log kat sini.

# tail -f /var/log/messages
so kat situ aku dapat tengok error message bile start dansguardian ni.
Semak punya semak rupenye silap tukar path kat atas tu tadi. Terikut pembikin RPM tu punye setting path.
Aku tukar semula ikut ni :
(/etc/dansguardian/dansguardian.conf)

languagedir = '/etc/dansguardian/dansguardian/languages' change to
languagedir = '/etc/dansguardian/languages'

custombannedimagefile = '/etc/dansguardian/dansguardian/transparent1x1.gif' change to
custombannedimagefile = '/etc/dansguardian/transparent1x1.gif'

so lepas tukar tu aku restart semula dansguardian dan berjaya. fuhhh...
Ok lepas tu aku start semula squid.

Then try setting proxy kat pc lain. Tak jadi le pulak.
Kalu ni aku tengok ada warning dari SELinux yang mana squid try ubah sesuatu.
SELinux ni lebih kurang macam message confirm yang windows vista duk kuar tu.












Jadi nak mudah aku disable SELinux (start menu>administration>SELinux configuration)
atau guna command line.

# setenforce 0
untuk enable semula guna

# setenforce 1

Ok pastu aku restart semula squid. Test guna proxy masih tak boleh akses.
Ok skang ni aku kena tengok squid ACL configuration.
So aku perlu edit file squid.conf

# nano /etc/squid/squid.conf

Di bahagian Porxy restrictions tu aku ubah Allow localnet tu duk atas sekali.
Then aku restart semula squid tu.
Boleh ubah configuration tu kat dalam webmin. Nak install webmin boleh install daripada RPM webmin for fedora. Leh cari kat rpmbone.net.

Test ok berjaya dan dansguardian pun bergfungsi dengan keluar message capaian di halang. Bravo!

So lepas ni aku akan tune squid tu kasik optimise utilisation. So kita bersambung dalam share selepas ini pula.



~ Be a Creator Not a User ~

Ulasan