Oo can talk to MS Office AND MS Office can talk to Oo

Isu Microsoft menukar versi MS Office kepada versi 2007 yang menggunakan kaedah XML telah menyebabkan banyak masalah kepada pengguna MS Office 2003 ke bawah untuk view file tersebut dan juga pengguna OpenOffice untuk memaparkan file tersebut.

Jadi setelah google pasal masalah ni terjumpa solution untuknya yang saya terangkan dalam bentuk kes semasa.

Kes 1 :
- Makcik ada file ayam.docx orang hantar maklumat pasal cara nak menggemukkan ayam. Kesian makcik takleh nak buka dalam Microsoft Office 2003. Cemana yek? bantulah makcik untuk perniagaan makcik...

Jawapan Kes 1 :
- Download file converter untuk membolehkan view file MS Office yang ada 'x' kat extension filename dalam MS Office version 2003
- Makcik download guna link ni :
Download disini

Ok masalah makcik setel, nanti nak ayam 2-3 ekor yek..baekkk punye.

Kes 2 :
- Atuk ada terima file dari member atuk minta tolong tengokkan masalah programming php. Dia hantar file openoffice daa... atuk ni peminat bill gates. Jadiknya atuk nak tengok file tu dalam MS Office 2003 atuk...takleh la...ntah keluar wording cacing2 ni...sian kat atuk. tolongla...

Jawapan Kes 2 :
- Download patch untuk membolehkan view file tersebut dalam MS Office 2003.
- Tapi make sure atuk kena install software berikut dulu dalam pc tu :
- Ok dah ada semua tu, atuk install pula ODF Add-in untuk Word, Excel atau PowerPoint
- Download disini SourceforgeNet

Pasti dah boleh buka nanti. Cayala pakcik menuntut ilmu sampai ke lubang kubur.

Kes 3 :
- adik ni baru 5 tahun, kire adik ni taraf2 genius gak la...adik ada terima file .docx dari kawan-kawan adik kat sekolah minta tolong buatkan kerja sekolah diaorang...oppss jangan cerita kat cikgu kawan adik ni tau...Adik ni peminat linux, dalam pc adik ada OpenOffice je, tak suke adik kat bill gates ni. Jadi cemana yek adik nak convert file tu kepada odt?

Jawapan Kes 3 :
- Tahniah adik baru 5 tahun dan berOSS. Kawan uncle pun ada yang tak reti lagi guna linux. Adik jangan bagitau kat kawan uncle tau...
- Kita kena guna ODF Converter yang akan convert semua file docx, pptx dan xlsx yang menyusahkan tu dalam fomart Oo
- Adik download file installer tu kat sini :
Download di sini

Ok lepas ni pasti adik makin suke keterbukaan OSS.

Tambahan pada nota cara-cara install pada server OSS :
1) Install file MS Office 2007 converter pada server SuSE Linux - Download disini
2) Install file MS Office 2007 converter pada server Ubuntu Linux - Download disini

oklah semua, renung-renungkan dan selamat beramal...

~ Be a Creator Not a User ~
http://muzzotechspot.blogspot.com
http://muzzoshah.blogspot.com

Ulasan

Hafiz berkata…
baguslah kalau dua-dua dah boleh bercakap.. tak la asyik dengan bill gates jer.. haha..