Naiktaraf Squid di mata anda

Hari ni aku cuba explore cara nak update squid pada server yang guna mysurfguard (squid+dansguardian).
Testing bed aku kat server mysguptm.hehe.
Jadi memula aku pun run la command ni :
yum update squid

So dia akan pergi auto ke repos oscc dulu, dan update dari Squid 2.5 Release 5 kepada 2.6 Release 6. Bila check kat site repos memang release tu sahaja yang available.
Bila check kat site suid http://www.squid-cache.org/ version terkini squid dah sampai version 3.0 dah yang stable...aiyakkk. Ada kemungkinan squid yang aku guna ni penyebab slow akses dari user di daerah sebab tak pernah update yang terkini. Untuk version 2.6 pun dah ada release 22.

Cara nak check version squid :
/usr/sbin/squid -v

So skang ni aku pening sebab server yang guna mysurfguard dah setkan refer repos ke server oscc. Macamana aku nak reset semula ni. Argghhh abaikan dulu.
Aku try upgrade squid secara manual di server mysguptm tu.
Specs server :
OS : Centos 5
RAM 1GB
Processor : P4

Hasil pertanyaan dengan taiko sands syazli, dia kata biasa takde masalah nak upgrade lompat terus dari release 6 ke release 22 untuk versi 2.6. Tapi kalau nak upgrade ke versi 3 atau 2.7 terus mungkin akan ada masalah. So aku cuba dulu upgrade ke versi 2.6 Release 22.

1) Mula-mula aku download squid release 22 ni (.tar) ke server tu dulu
2) tar xzf squid-2.6.RELEASExy.tar.gz
3) cd squid-2.6.RELEASExy
4) ./configure
(akan configure default to /usr/local/squid untuk fail squid)
5) make all
6) make install

So, masa memula run ./configure tu ada error da katanya compiler takde dalam server tu. Huhu. Jadi aku pun kena la install gcc dulu.

yum install gcc

Then baru aku runkan semula ./configure sampai step 6.
So done install squid. Tapi masalah baru timbul. Setup sedia ada di server simpan program squid dalam /etc/sbin/squid
Jadinya aku try ubah dalam file /etc/init.d/squid supaya refer kepada loaction baru. Sekali test restart ada error, cuba perbetulkan tapi error masih keluar. Tanya haris oscc dia kata memang banyak sikit kena ubah sebab dia dah setkan location tu masa install. Kecuali kita tahu location mana nak setkan masa compile squid tu.

Jadiknya terbengkalai le projek upgrade ni sementara waktu. Aku ingat nak try wat fresh install squid + dansguardian di server baru dan test. Sebab senang sikit nak wat upgrade.

So sampai berjumpa lagi untuk knowledge seterusnya.

~ Be a Creator Not a User ~

Ulasan