SPAM Mail also refer to attitude

Sekadar untuk berkongsi maklumat dan memastikan kita tidak mengulanginya.
Untuk makluman semua kita sering menggunakan emel-emel group untuk menghantar emel-emel
menarik terus kepada pengguna yang ramai.

Mudah...memang amat mudah..sekali masuk emel address sahaja dah semua akan dapat emel
tersebut tanpa perlu kita masukkan satu persatu..

Namun tanpa kita sedari risiko terpaksa kita terima..emel tersebut telah ada dalam
database SPAM Mail di seluruh dunia...The D3VIL start their agenda...hehehe.

Contoh emel spam yang dapat dilihat telah mula menyerang emel group webmel pahang seperti
lampiran emel ini. kesemuanya adalah emel spam..tapi macamana mereka tahu emel group
dalaman webmel pahang???

Puncanya :
1) kita malas nak edit apabila kita forward emel yang asalnya daripada group emel
pahangnet. Terutama apabila kita forward memang biasa dengan alamat emel2 tu semua di
masukkan..jarang sangat kita edit semua tu dan tinggalkan content penting sahaja

2) kita suka addkan emel group tersebut di dalam address book emel free seperti yahoo,
gmail dan hotmail...dll...emel-emel tersebut sering diserang oleh spammers dan mereka
biasanya akan dapat akses address book emel-emel tersebut

3) kita memaklumkan secara lisan, sms kepada rakan lain diluar yg guna emel free utk htr
kepada emel group tersebut...

Jadi kita boleh ubah kalau kita nak, jika tidak terimalah kesilapan kita turut sumbang
kesusahan orang lain menerima emel spam ini..

cheers...renung-renungkan...

Ulasan