MD5 Checksum

Ingin dikongsikan disini berkenaan penggunaan MD5 Checksum dalam penghantaran sebarang
emel melalui emel dan juga semasa membuat perkhidmatan muat turun file daripada internet.

Kaedah ini mungkin dianggap remeh dan tak perlu dibuat. Ianya adalah kaedah manual dan
jarang digunakan kecuali bagi kebanyakan webmaster bagi memastikan file didownload oleh
pengguna adalah sah, keseleruhannya dan tiada error.

Di dalam webmel pahang turut ada fungsi tersebut tidak dienablekan memandangkan
penggunaannya akan effect kepada semua pengguna emel pahang dan pengguna emel pahang
dirasakan belum bersedia menerima kaedah ini lagi.

Situasi :
Apabila kita menghantar emel bersama attachment, bagaimana ingin kita sahkan yang
attachment kita itu tidak akan diubah semasa penerima emel tersebut memuat turun
attachment emel kita?

Ini kerana emel kita ada kebarangkalian terdedah kepada serangan 'man in the middle'
attack dimana hackers akan ubah file kita semasa proses pemuatturun atau penghantaran
attachment tersebut. Bagi tujuan keselamatan dan pengesahan kita boleh guna cara manual
dengan mewujudkan MD5 Checksum untuk file tersebut.

Jadi apabila penerima emel tersebut download file kita, dia akan verify MD5 Checksum
tersebut bagi memastikan file tersebut tidak diubah atau ianya bebas error.

Kita boleh gunakan perisian free seperti di lampiran ini.

contohnya MD5 Checksum bagi attachment ini adalah :
8C91103D9D8ED8B6EB70BE693C574952
[md5.zip]
Anda semua boleh semak nanti file tersebut apabila downloadnya.

Kaedah ini juga boleh digunakan di dalam sebarang file yang ingin didownload daripada
Portal Pahang kita. Contoh ada pada semua borang permohonan ICT berkaitan webmel dan
rangkaian di dalam pusat sumber.

Cheerss...renung-renungkan...

Ulasan