How to clone OS+data using open source

hai sure fening tgk banyok beno knowledge share emel...hehehe jgn mare..
sbb hujung minggu ni rajin sikit menaip emel utk share maklumat peroleh di internet dan
tanya2 vendor..hehehe

ok kali ini isu berkenaan clone OS untuk deploy kepada banyak machine. Kita biasa dengar
tentang penggunaan Norton Ghost untuk tugas2 mengclone hard disk dan install di pc2 lain.
JT pun saya nampak ada menggunakannya bagi sesetangah model PC yang kita beli...cuma
sekarang ni guna yg PIRATE..

Tapi Norton Ghost memang setakat ni TOP list untuk software bagi kerja-kerja sebegini.

Namun setelah surf di internet nak cari cara nak clone server LINUX untuk install kt
server baru sebab mudah nk upgrade server dan juga kerja-kerja migrate.
----
DD
----
So terjumpa salah satu kaedahnya adalah menggunakan command 'dd' di dalam linux sendiri
untuk mencipta image file bagi semua data di server LINUX untuk di migrate dan restore ke
server baru.

Kaedah ini lebih kepada penggunaan dan kemahiran command line tapi lebih stabil cuma
memerlukan storage di server sama untuk create file image tersebut dahulu. copy dan
restore di server baru dengan cara gunakan boot LINUX CD dan restore secara command line.

boleh rujuk : http://codepoets.co.uk/docs/system_imaging

----------
CLONEZILLA
----------

Kaedah seterusnya setelah tanya syazli dari SANDS Consulting (OK tak kedekut ilmu). Dia
cadangkan boleh juga guna clonezilla yg mana ada GUI skit. Ada versi GUI DOS dan versi
GUI Windows.

Kelebihannya adalah ianya boleh create single clone server dan restore secara manual ke
server baru secara CD Bootable ataupun Flash Drive (Thumb Drive le tu)...hahaha nampak
menarik.

Selain itu yang paling best adalah ia juga boleh clone OS tersebut untuk install kepada
40 PC secara serentak menggunakan kaedah Server + client. Dicatatkan dalam websitenya, 10
minit siap untuk 40 PC. wow!

Ianya juga boleh clone server LINUX dan server WINDOWS. Cuma untuk server yang distribute
clone image tersebut perlulah LINUX(tak silap)...ada distro yang compatible untuknya.

boleh rujuk di : http://www.clonezilla.org/

Mungkin kita boleh cuba kaedah ini bagi melancarkan kerja-kerja remeh utk format dan
reiinstall PC...

jadi..renung-renungkan dan selamat beramal

Ulasan

AKU_1119 berkata…
BIJAK GAK IDEA NIE...TAK PERNAH PLAK TERPIKIR NAK GUNA CLONEZILLA NIE...
DULU AKU SELALU GUNAKAN NORTON GHOST...SAMPAI YANG DAH VERSI KE 11.TU YANG PALING PERFECT...
AKU TENGAH STUDY GAK BAGAIMANA NAK GUNA CLONEZILLA NIE...